BENTONG: Kerajaan kini dalam proses memuktamadkan prosedur menunaikan umrah bagi rakyat Malaysia dengan Kedutaan Arab Saudi.
Antara aspek yang diberi tumpuan ialah meneliti isu pemberian visa umrah dan pelancongan kepada umat Islam yang bercadang untuk mengerjakan ibadah tersebut dalam tempoh terdekat.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, kerajaan berkemungkinan melihat dengan lebih dekat keperluan visa pelancongan dan umrah disekalikan agar tidak timbul masalah ketika buat mengerjakan umrah.
Sekiranya kedua dua visa tersebut dapat dibuat di Malaysia, proses itu, kata Zulkifli, lebih memudahkan rakyat negara ini untuk ke Tanah Suci.
Justeru, jelas beliau, keputusan mengenainya akan dimaklumkan apabila segala maklumat lengkap berkaitan
isu visa diperoleh.
“Kami sedang mengutip sebanyak mana maklumat. Kemungkinan kita akan tengok lebih dekat lagi bagaimana jika sekiranya kita boleh sekalikan sebagai contoh visa pelancongan dengan visa umrah,” kata beliau.
Zulkifli berkata demikian kepada pemberita selepas majlis sumbangan Yadim di Musa’adah Pahang 2021 di Masjid Sultan Abu Bakar, Janda Baik di sini pada Selasa.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Yadim, Kamarul Arief Tuan Soh.
Pada majlis sumbangan Yadim di Musa’adah Pahang 2021 itu, sebanyak 140 kotak barangan dan keperluan harian dan wang tunai disumbangkan di tiga buah lokasi di Bentong iaitu Masjid Sultan Abu bakar, Maahad An Nur dan Maahad Tahfiz al-Quran Al Abrar.
BACA: Arab Saudi buka permohonan umrah bermula 9 Ogos
Sementara itu, beliau berkata, Duta Arab Saudi di Malaysia juga telah bertemu dengannya dalam usaha menyelesaikan isu ini, namun, masih belum mendapat sebarang keputusan muktamad.
Zulkifli juga memberi jaminan keputusan mengenainya akan di maklumkan setelah mendapat maklumat lengkap.
Pada 1 Ogos lalu, kerajaan Arab Saudi telah membuka kembali pintunya untuk pelancong dari 49 buah negara dan menarik balik sekatan kemasukan bagi pemegang visa pelancongan.
Syarat dan peraturan untuk mendapatkan visa pelancong dan memasuki Arab Saudi termasuklah imunisasi penuh dengan vaksin yang diluluskan kerajaan negara itu.
Pelancong dan pelawat dari 49 negara termasuk Malaysia, layak untuk memohon e-visa yang membolehkan mereka menunaikan umrah dan mengikuti pelbagai aktiviti melancong di seluruh negara itu.
Tanah suci mekah khususnya di Masjidilharam kini telah siap sedia menerima jemaah umrah dari luar Arab Saudi dan pintu antarabangsanya telah dibuka hari ini bagi kemasukan jemaah umrah.
Astro Awani
Tue Aug 10 2021
Sekiranya visa umrah dan pelancongan dapat dibuat di Malaysia, proses itu, kata Zulkifli, lebih memudahkan rakyat negara ini untuk ke Tanah Suci. - Gambar fail
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
Bank Islam lancar Kad Debit-i Visa Be U
Kad Debit-i Visa Be U menyediakan transaksi yang cepat, selamat dan tanpa sentuhan di mana-mana pedagang Visa di seluruh dunia.
Pemain bola sepak wanita negara, Intan Serah kini sah pemain NYDLFC
Perkara itu dimaklumkan NYDLFC menerusi akaun Instagram pada Isnin, memaklumkan Intan telah ditandatangani untuk menyertai pasukan itu.
Visa tawar perkhidmatan Apple Pay kepada pemegang kad di Malaysia
Visa Inc bekerjasama dengan Ambank, Maybank dan Standard Chartered Bank untuk menawarkan perkhidmatan Apple Pay kepada pemegang kadnya di Malaysia.
Rakyat Sri Lanka dinasihat jangan salah guna pas lawatan sosial untuk bekerja di Malaysia
Kerajaan Sri Lanka menasihati rakyatnya supaya tidak mencari pekerjaan secara haram di Malaysia dengan menggunakan pas lawatan sosial.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Arab Saudi umum permohonan visa umrah 1444 Hijrah dibuka mulai hari ini
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan permohonan visa umrah 1444 Hijrah bagi jemaah luar negara dibuka mulai hari ini.
Tommy Thomas dinasihat tidak beri komen kertas siasatan VLN
Tommy Thomas dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang komen mengenai kertas siasatan yang merujuk kepada kes Sistem Visa Luar Negara (VLN).
Warga Rusia memasuki Ukraine perlu visa mulai 1 Julai
Zelenskyy mencadangkan agar anggota Kabinet mempertimbangkan untuk semakan semula kemasukan warga Rusia ke Ukraine.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sempadan Rusia akhirnya dibuka, pelancong Malaysia teruja
Ditutup untuk pelancong asing sejak Mei 2020, kerana sekatan COVID-19, Rusia akhirnya membuka sempadan negaranya untuk dilawati pelancong dari Malaysia dan memulakan proses visa pelancong bulan lepas