Kerajaan tidak sembunyikan hasil siasatan nahas bas Genting Highlands

Bernama
November 17, 2013 12:01 MYT
Kerajaan tidak akan menyembunyikan hasil siasatan nahas bas di Genting Highlands yang mengorbankan 37 penumpang pada 21 Ogos lalu.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut memberi jaminan laporan penuh siasatan akan diumum sekali gus menggambarkan ketelusan kerajaan menangani isu berkenaan.
Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah menyediakan laporan awal berhubung insiden berkenaan sementara Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengeluarkan notis menggantung perkhidmatan bas syarikat terbabit.
Klik pada video untuk berita sepenuhnya.
#Genting Highlands #Hishamuddin #kerajaan #MIROS