KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menubuhkan Kumpulan Penasihat Anak Muda kepada Perdana Menteri seperti mana yang pernah dicadangkan Majlis Belia Malaysia dalam usaha memperkasa peranan belia di negara ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan rasmi sempena Hari Belia Negara hari ini berkata ia kerana kerajaan menyedari peranan belia terhadap hala tuju masa depan negara.

“Ini adalah insiatif yang baik supaya generasi belia di peringkat akar umbi dapat didengari dan seterusnya menyumbang kepada perancangan dasar kerajaan.

"Pada masa ini proses pemilihan calon sedang dimuktamadkan barisan anak muda yang terpilih untuk menganggotai kumpulan penasihat anak muda ini akan diumumkan dalam tempoh terdekat," kata Muhyiddin.

Beliau berharap dengan penubuhan kumpulan ini lebih ramai anak muda iaitu golongan belia dapat terlibat secara langsung dalam merangka strategi pembangunan negara yang menyeluruh.

[TERKINI] Ucapan Khas Perdana Menteri Sempena Hari Belia Negara 2021