Kerjasama dua hala di antara kolej vokasional dengan institusi pendidikan luar negara memberi pendedahan teknik setaraf pembelajaran antarabangsa.
Ketua Jabatan Perhubungan Kolej Vokasional Seri Manjung, Shahabudin Hassan berkata, ia sekali gus selari pemerkasaan dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini.
"Kini kita bekerjasama dengan Institute of Technical Education, Singapura dalam beberapa siri program latihan.
"Selain itu kita turut merancang pada tahun ini untuk menjalinkan kerjasama dengan institusi dari luar negara bagi mendedahkan pensyarah dan pelajar kepada corak pengurusan, pembelajaran dan teknologi pendidikan vokasional di peringkat antarabangsa.
"Kita bukan hanya akan memberi tumpuan kepada pengisian dalam setiap kursus, malah akan bergerak ke arah kerjasama menyeluruh yang meliputi pengurusan, kurikulum, ko-kurikulum, kesenian serta inovasi," katanya ketika dihubungi di sini, pada Ahad.
BACA: Kabinet lulus penubuhan Jawatankuasa Pemerkasaan TVET - Maszlee
BACA: TVET, IPT terus mendapat perhatian dalam Belanjawan 2019
Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, kementeriannya akan berusaha ke arah menjadikan bidang TVET sebagai pilihan utama pelajar untuk melanjutkan pengajian dalam tempoh lima tahun akan datang.
Maszlee turut berjanji untuk mencapai matlamat tersebut dalam tempoh lima tahun, dan berharap ini berjaya melalui kerjasama dengan pemain industri dan pakar TVET.
Dalam pada itu kata Shahabudin, pihaknya sebelum ini telah menjalinkan kerjasama dengan sebuah institusi di Jawa Timur melalui kaedah pertukaran guru dan pelajar serta perkongsian pintar.
"Berbekalkan pengalaman itu, kita akan mengorak langkah lebih aktif untuk mendekati institusi-institusi dari negara-negara yang maju dalam bidang pendidikan vokasional," ujarnya.
TVET adalah antara elemen yang perlu dan penting dalam membentuk asas melahirkan masyarakat berkemahiran tinggi serta mengukuhkan potensi negara bagi pertumbuhan masa depan.
Astro Awani
Sun Jan 06 2019
SHAHABUDIN: Kita akan mengorak langkah lebih aktif untuk mendekati institusi-institusi dari negara-negara yang maju dalam bidang pendidikan vokasional - Gambar Facebook
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kerajaan seru usahawan muda perlu berani ambil risiko - Fadillah
Kerajaan sentiasa membuka ruang kepada usahawan muda untuk mengembangkan potensi mereka ke tahap yang lebih tinggi.
MTDC komited pacu teknologi 4IR ke arah pertumbuhan mampan
Potensi teknologi 4IR boleh dimanfaatkan bukan sahaja untuk meningkatkan produktiviti, malah untuk mencipta peluang baharu.
MOSTI lancar Indeks Inovasi Malaysia tahun depan, inisiatif perkukuh ekosistem inovasi negara
Berperanan mengukur tahap inovasi di setiap negeri agar pelaksanaan invensi dijalankan dengan lebih tertumpu, cekap dan berkesan.
PETRONAS tingkat daya saing industri OGSE demi masa depan kukuh
Isu peralihan tenaga, teknologi dan inovasi, strategi pembiayaan, peluang perkembangan, serta pembangunan modal insan menjadi topik teras Hari Rakan Kerjasama OGSE PETRONAS.
FGV akan laksanakan pembaharuan, inovasi pastikan hasil kelapa sawit tidak terjejas
FGV melaksanakan penyelidikan dan pembangunan bagi mencari jalan memastikan hasil ladang dapat menampung keperluan dan permintaan pasaran.
MTDC perkuat peranan bantu syarikat teknologi tempatan majukan sektor pertanian negara
Melalui pelbagai program, MTDC memudahkan akses dan adaptasi teknologi dan kepakaran bagi meningkatkan daya saing syarikat tempatan di pentas global.
Malaysia-Rusia tingkat kerjasama penyelidikan perkasa pendidikan tinggi
Malaysia berminat untuk mendapatkan lebih banyak biasiswa, kerjasama penyelidikan dan peluang pertukaran pengetahuan dengan Rusia.
Labu sayong miliki peminat tersendiri, proses pembuatan perlu terus diwarisi
Peredaran masa menyaksikan tanah liat sayong kini tidak lagi hanya dijadikan labu sayong, sebaliknya telah diinovasi menjadi pelbagai produk lain.
Lebih ramai pelajar Malaysia digalakkan sertai Asia's Kids Star 2025
Beliau akan berbincang dengan pihak penganjur agar lebih ramai pelajar Malaysia libatkan diri dalam program 'Asia's Kids Star'.
38 makmal dianugerah status BNP Labs, usaha perkasa usahawan dan keupayaan inovasi
38 buah makmal dianugerahkan status Bionexus Partners Laboratories (BNP Labs) ke arah memperkasakan keusahawanan dan keupayaan inovasi dalam industri bioteknologi dan berasaskan bio di Malaysia.