Kerajaan negeri Kelantan perlu bekerjasama dengan kerajaan pusat bagi menangani masalah banjir, terutamanya banjir kilat apabila berlaku hujan lebat.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata terdapat sesetengah kawasan mengalami banjir kilat disebabkan sistem perparitan dan saliran yang tidak efisien.
"Terdapat longkang yang tersumbat, ini menyebabkan longkang tidak dapat menampung jumlah aliran air yang banyak apabila hujan lebat berlaku," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Ziarah Guru di Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (Perempuan) di sini, hari ini.
Asyraf Wajdi berkata kerajaan pusat sentiasa bersedia membantu kerajaan negeri sekalipun diperintah parti pembangkang.
Mengenai program ziarah itu, Asyraf Wajdi berkata ia diadakan bagi menghargai pengorbanan warga pendidik yang sanggup datang ke sekolah walaupun mereka turut menjadi mangsa banjir.
"Semangat inilah yang kerajaan mahukan untuk mencapai negara maju menjelang 2020 dan Tranformasi Nasional 2050," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 22 2017
Dr Asyraf Wajdi meluangkan masa di Pusat Pemindahan Banjir Dewan Sekolah Menengah Kamil di Pasir Puteh pada 21 Januari 2017. - Foto Bernama
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
Asyraf Wajdi pertahan ‘terjah’ MRSM
Sesi tinjauan secara mengejut yang dilakukan di beberapa Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bukanlah untuk membuka aib, sebaliknya memastikan peruntukan duit rakyat dimanfaatkan secara berkesan.
PAU 2024: Perhimpunan kali ini tidak babitkan pemilihan parti - Asyraf Wajdi
Perhimpunan kali ini akan memfokuskan soal kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
'Jangan ada lagi suara sumbang pertikai pengampunan Najib' - Asyraf Wajdi
UMNO dengan tegas tidak lagi mahu wujudnya suara sumbang mempertikaikan keputusan Lembaga Pengampunan ke atas bekas presiden parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mara tidak ambil mudah soal tadbir urus, ketirisan
Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak mengambil mudah dakwaan berhubung ketirisan atau soal integriti dalam pentadbiran agensi itu menerusi surat layang yang tular, semalam.
PRU15: Asyraf Wajdi tewas di Gerik
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki tewas di kerusi Parlimen Gerik pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PAU2021: Stabilkan parti, elak lagakan pemimpin
Kepimpinan sayap UMNO hari ini sepakat memastikan kestabilan parti menjadi keutamaan di samping mengelak cubaan melaga-lagakan pemimpin parti.
Tak tentu MoU akan terus dihormati, perlu dituntaskan dengan PRU - Asyraf Wajdi
Reformasi institusi terlebih dahulu memerlukan kerajaan yang stabil yang mendapat mandat mutlak daripada rakyat.
Pemuda UMNO sampaikan 10 tuntutan rakyat kepada Tengku Zafrul
Ini merupakan pertemuan kedua selepas ikhtiar Pemuda UMNO membawa suara rakyat ini kepada Datuk Seri Ismail Sabri Jumaat lalu.
Belanjawan 2021: Wujudkan Skim Bantuan Kebajikan untuk belia - Pemuda UMNO Kelantan
Kerajaan digesa mewujudkan Skim Bantuan Kebajikan belia bekerja bawah 30-an dalam golongan B40 yang kebanyakannya baru memulakan kehidupan berkeluarga.
MCA, MIC usah buat pendirian waktu sedang marah - Pemuda UMNO
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyarankan parti MIC dan MCA tidak mengambil pendirian secara melulu dan dalam keadaan suasana tegang dan dalam keadaan sedang marah.