KUALA LUMPUR: Kerjasama strategik antara kerajaan negeri Sabah dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dalam isu berkaitan industri minyak dan gas di negeri itu akan memberi kesan limpahan ekonomi yang lebih menyeluruh di Sabah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata perjanjian kolaborasi komersial (CCA) yang dimeterai akan membolehkan kerajaan negeri Sabah memainkan peranan yang lebih besar dalam mengembangkan industri minyak dan gas melalui usaha sama erat bersama Petronas.
Katanya CCA yang ditandatangani bersama oleh kerajaan negeri Sabah dan Petronas di Kota Kinabalu hari ini, turut menjadi mercu tanda dalam usaha sama pembangunan industri minyak dan gas di Sabah.
"Di samping itu, ia akan membuka lagi peluang perniagaan yang lebih meluas kepada syarikat tempatan untuk berkecimpung dalam industri khidmat minyak dan gas di Sabah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ismail Sabri berkata pada masa sama, Petronas akan terus memainkan peranan sebagai syarikat petroleum milik negara dengan kuasa penuh dalam mengawal selia pembangunan industri minyak dan gas secara menyeluruh, selaras dengan undang-undang negara.
"Permuafakatan yang berjaya dicapai melambangkan komitmen kerajaan Persekutuan untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri Sabah bagi memastikan pembangunan yang inklusif agar manfaat pembangunan negara dapat dinikmati bersama secara lebih adil dan saksama," katanya.
Dalam kenyataan bersama secara berasingan oleh kerajaan Sabah dan Petronas, katanya Sabah melalui entiti milik kerajaan yang dicadangkan akan mempunyai peluang untuk meningkatkan penyertaannya dalam pengaturan petroleum huluan termasuk kerjasama dengan Petronas Carigali Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Petronas serta dalam perniagaan minyak dan gas pertengahan dan hiliran di negeri itu.
"Pemeteraian perjanjian ini menandakan lembaran baharu kerjasama yang lebih erat antara kerajaan negeri Sabah dan Petronas.
"Dalam mencapai matlamat ini, rangka kerja perundingan akan diwujudkan dan kedua-dua pihak akan sama-sama terlibat dalam perkara yang penting kepada industri untuk mengekalkan persekitaran perniagaan dan pelaburan yang mampan dan kondusif untuk manfaat negeri dan negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 07 2021
Ismail Sabri berkata, CCA itu akan membolehkan kerajaan negeri Sabah memainkan peranan yang lebih besar dalam mengembangkan industri minyak dan gas melalui usaha sama erat bersama Petronas. - Gambar/ Bernama
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Mendiang Sivasutan anak yang sangat baik, tidak tolak permintaan orang tua - Bapa
"Bukan sahaja jasad pergi... tetapi segala keseronokan, kebaikan dan kegembiraan dia bawa bersama."
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM | Pengedaran dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
Panggilan ‘daddy’ di pengebumian wira Wan Rezaudeen Kamal buat orang ramai sebak
Antara yang turut mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin.
AWANI Tonight: Bridging gaps in AUKU for better student empowerment
Amendments to the Universities and University Colleges Act give students more autonomy in managing their associations’ finances. Rasydan Mohd Hassan, formerly of the National Student Consultative Council, explains what this means for student empowerment.
Miskin tegar Sabah menurun kepada 12,555 setakat 31 Mac - Hajiji
Kadar kemiskinan tegar di Sabah menurun kepada 12,555 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan dalam sistem e-Kasih setakat 31 Mac lepas.
Zambry beri jaminan isu air UMS ditangani segera
Zambry berkata, terdapat beberapa isu yang menyebabkan krisis air di sekitar kawasan UMS masih belum dapat diselesaikan.
UMNO bukan parti Malaya sebaliknya parti kebangsaan, perjuang nasib rakyat - TPM
Katanya, usaha membawa UMNO masuk ke Sabah bukan untuk memecah-belah mana-mana parti sebaliknya bagi menyatukan rakyat di bawah payung sama.
Letusan Gunung Ruang: Tiada keperluan pakai pelitup muka di Sabah
Tiada keperluan memakai pelitup muka di kawasan terbuka di Sabah buat masa ini berikutan letusan gunung berapi di Gunung Ruang baru-baru ini, kata Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Asits Sanna.
Kerajaan Madani komited tambah baik infrastruktur di Sabah - PM
Kerajaan Madani akan menoktahkan kesengsaraan yang dialami rakyat terutama di Sabah khususnya dari segi kemiskinan sosioekonomi.
PM Anwar beri penghormatan terakhir kepada mendiang Joseph Kurup
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Joseph Kurup di Wisma Fook Lu Siew.
Sabah pantau kesan letusan Gunung Ruang, keselamatan rakyat diutamakan - Hajiji
Kerajaan Sabah akan memantau kesan letusan gunung berapi Gunung Ruang di Indonesia dan menegaskan bahawa keselamatan rakyat menjadi keutamaan.
44 kes melioidosis direkodkan di Sabah setakat ini
Ia merupakan peningkatan sebanyak 12.8 peratus berbanding dengan jumlah kes yang dilaporkan pada ME sama pada tahun lepas iaitu sejumlah 39 kes.
Sabah rancang jadikan Pulau Gaya sebagai tarikan pelancong - Hajiji
Kerajaan negeri bercadang untuk mengindahkan Pulau Gaya dan menjadikannya sebagai salah satu destinasi pelancongan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Dua anggota Maritim Malaysia cedera ditembak di perairan Kunak, Sabah
Dua anggota Maritim Malaysia cedera ditembak ketika sedang menjalankan rondaan Op Khas Pagar Laut di perairan Kunak pagi tadi.