Pembentangan Kertas Putih 'Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan Islamic State (IS)' oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang diluluskan Dewan Rakyat hari ini, membuktikan keseriusan kerajaan menangani ancaman ideologi kumpulan militan IS di negara ini.
Pensyarah Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Dr Azmi Hassan berkata kini sudah sampai masanya Malaysia mempunyai undang-undang baharu berkaitan mencegah pembabitan rakyat negara ini dalam aktiviti militan dan keganasan.
"Rang undang-undang baharu perlu dengan ancaman bentuk baharu seperti ini memandangkan SOSMA (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012) dan POCA (Akta Pencegahan Jenayah 1959) tidak mencukupi.
"Ini kerana ada rakyat Malaysia ke luar negara untuk melakukan keganasan, jadi perlu ada undang-undang pencegahan bagi menangani isu ini," katanya ketika dihubungi Bernama.
Semasa membentangkan Kertas Putih itu, Najib bagi pihak kerajaan merayu sokongan rakyat terhadap usaha membendung ideologi kumpulan militan IS dan mencadangkan undang-undang baharu bagi membanteras penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti sedemikian.
Najib berkata kerajaan bercadang membentangkan undang-undang baharu itu pada sesi Dewan Rakyat akan datang.
Azmi sehubungan itu berkata anggota Parlimen perlu membuat 'kerja rumah' meneliti Kertas Putih berkenaan secara terperinci bagi mengelakkan mereka mengeluarkan hujah yang tidak berlandaskan fakta.
Berkongsi pendapat yang sama, Pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib berkata pembentangan Kertas Putih itu mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam usaha mengekang penularan ancaman militan dalam negara ini.
Md Shukri berkata semua pihak termasuk pembangkang di Parlimen perlu memberikan sokongan padu terhadap usaha kerajaan itu dan juga berkaitan undang-undang baharu nanti.
"Aspek untuk memperkuatkan pertahanan dan keselamatan negara ini melibatkan penyertaan keseluruhan masyarakat termasuk pihak pembangkang. Jadi pihak pembangkan perlu memberikan sokongan kepada apa yang kerajaan buat ini," katanya.
Dalam pada itu, beliau mengharapkan dalam pembentukan undang-undang baharu berkenaan nanti kerajaan perlu juga mengambil kira masalah militan dalam negara dan antarabangsa.
Bagi tujuan itu, Md Shukri berkata kerajaan seharusnya membuat undang-undang yang boleh diguna pakai bagi tempoh jangka masa panjang dan bukannya undang-undang jangka masa pendek.
Sementara itu, Pakar Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata langkah yang diambil kerajaan itu tepat pada masanya, memandangkan gerakan IS yang bertopengkan ajaran Islam, bertujuan memburukkan nama Islam sahaja.
Beliau berkata ia jelas menunjukkan pendirian kerajaan dalam bentuk legislatif bagi mengekang masalah penglibatan rakyat negara ini dalam kumpulan militan IS.
Shamrahayu berkata cadangan pemerkasaan undang-undang sedia ada seperti SOSMA, POCA dan Kanun Keseksaan bagi menangani ancaman keganasan dan militan dalam Kertas Putih itu, menandakan kesediaan kerajaan memerangi pelbagai bentuk keganasan.
"Dengan adanya cadangan pemerkasaan ini, kita akan mudah mengawal, mengekang, dan menghukum sekiranya perlu jika ada mana-mana rakyat Malaysia yang terlibat dengan gerakan militan ini," katanya.
Bernama
Wed Nov 26 2014
Baru-baru ini, empat rakyat Malaysia termasuk pasangan suami isteri dihadapkan di mahkamah atas tuduhan cuba memberi sokongan kepada kumpulan IS. - AFP/Gambar fail
Bajet MAIWP 2025: Anggaran pendapatan naik kepada RM1.67 bilion, pembangunan ummah teras utama - Na'im
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
Batu Puteh: Kerajaan cadang nyah sulit laporan akhir Pasukan Petugas Khas - Fahmi
Peguam Negara dicadang mempertimbang untuk menyahsulitkan laporan akhir Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Pengerusi Petronas Chemicals Group Datuk Abdul Rahim Hashim akan letak jawatan
Pengerusi Petronas Chemicals Group Bhd Datuk Ir Abdul Rahim Hashim akan meletakkan jawatannya berkuat kuasa 1 Jan, 2025.
Kekayaan Musk dianggarkan melebihi AS$400 bilion
Kekayaan Musk sebahagian besarnya terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik Tesla dan syarikat aeroangkasa SpaceX.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugur pertuduhan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi untuk mengugurkan pertuduhan mengedar dadah dan memiliki dua pistol tiruan yang dihadapinya.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
[TERKINI] Pelajar Malaysia di Syria selamat dan kuliah bermula esok
Ini perkembangan di Syria, daripada Konsul Kehormat Malaysia di Damascus, Syria.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
Polis kesan wanita dakwa akan langsung perkahwinan bersama Tengku Hassanal
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Empat individu sokong, milik bahan berkaitan Daesh dihadap ke mahkamah hari ini
Empat individu termasuk seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Johor dan Kelantan atas pertuduhan memberi sokongan dan memiliki bahan berkaitan pengganas Daesh.
Bekas pensyarah universiti didakwa sokong, miliki bahan berkaitan IS
Seorang bekas pensyarah sebuah universiti awam didakwa atas empat pertuduhan memiliki bahan bacaan, menghasut dan memberi kemudahan menyokong perbuatan kumpulan pengganas Islamic State (IS).
Tiga termasuk suami isteri didakwa sokong, miliki bahan pengganas IS
Tiga individu termasuk sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada Selasa atas pertuduhan menyokong dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Islamic State (IS).
Indeks pelopor Malaysia catat 108.4 mata pada April - Perangkaan
Indeks Pelopor Malaysia terus menyusut kepada negatif 2.7 peratus, mencatatkan 108.4 mata pada April 2023 berbanding 111.4 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
68 maut letupan berhampiran sekolah di Kabul, ramai masih hilang
Kematian akibat serangan bom di luar sebuah sekolah di Kabul, Afghanistan meningkat kepada 68 orang, kata pihak berkuasa pada Ahad.
Majlis Keselamatan PBB sokong inisiatif gencatan senjata diketuai Malaysia
Tempoh 90 hari gencatan senjata tersebut bermula pada 1 Julai, hari di mana resolusi tersebut dimeterai.
Seorang warga Indonesia didakwa miliki item berunsur keganasan
Irwanzir yang bekerja sebagai buruh binaan di Balik Pulau didakwa melakukan kesalahan itu di belakang rumah yang beralamat di Hadapan Kanan, 352 Mukim C, Permatang Pasir Balik Pulau pada 6 Jan lalu.
Jenayah perang: Tindakan Trump maafkan tentera AS amat memalukan
Tindakan Donald Trump ampun tiga tentera AS terlibat jenayah di Iraq dan Afghanistan dikutuk. United Kingdom turut didesak ambil tindakan kes bunuh libatkan tenteranya.
Bekas anggota kumpulan Ukays, Akel Zainal disahkan terbunuh di Syria
Bekas anggota kumpulan rock Ukays, Wan Mohd Aquil Wan Zainal Abidin yang menyertai kumpulan militan Daish di Syria disahkan terbunuh dalam serangan udara di negara itu, awal tahun ini.
Penglibatan wanita sebagai penyerang bunuh diri membimbangkan - Polis
Penglibatan golongan wanita di rantau Asia Tenggara dalam kegiatan kumpulan militan Daesh sebagai penyerang bunuh diri semakin membimbangkan ekoran mereka mempunyai suntikan semangat baharu.