KUALA KRAI: Siasatan terperinci berhubung kejadian tren Shuttle Timuran No 51 tidak berhenti di Hentian Kuala Gris, di Dabong dekat sini awal pagi semalam yang mengakibatkan kira-kira 100 pelajar sekolah terkandas untuk ke sekolah, dijangka selesai dalam tempoh dua minggu lagi.
Ketua Pegawai Operasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Mohd Zain Taha berkata panel siasatan KTMB akan menjalankan siasatan menyeluruh termasuk daripada aspek teknikal, operasi dan corak perjalanan tren berkenaan.
"Jangkaan siasatan biasanya akan mengambil tempoh dua minggu sahaja kerana panel siasatan akan meneliti dengan lebih terperinci mengenai insiden terbabit.
"Apabila penilaian panel siasatan terhadap kes tersebut selesai, ia akan diserahkan kepada pihak pengurusan untuk tindakan sewajarnya dikenakan terhadap kakitangan yang terlibat," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Hentian Kuala Gris, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Zain berkata empat kakitangan KTMB terlibat terdiri daripada pemandu, pembantu pemandu, penyelia kereta api dan pemeriksa tiket telah digantung tugas buat sementara waktu sehingga selesai siasatan kes.
"Kita juga akan memanggil beberapa lagi kakitangan sebagai saksi untuk melengkapkan kes siasatan. Pihak KTMB menganggap insiden ini sepatutnya tidak berlaku dan akan memastikan ia tidak akan berulang lagi," katanya.
Semalam, media melaporkan kira-kira 100 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong tidak dapat mengikuti hari pertama persekolahan apabila tren yang menjadi pengangkutan utama mereka untuk ke sekolah tidak berhenti di stesen terbabit.
BACA: Kereta api tidak berhenti, 100 murid terpaksa 'ponteng sekolah'
Jarak perjalanan menaiki kereta api dari Hentian Gris ke stesen Hentian Dabong mengambil masa kira-kira 15 minit.
Tinjauan Bernama di Hentian Kuala Gris pada pukul 6.30 pagi hari ini, mendapati rata-rata pelajar yang terkandas semalam, masih setia menggunakan perkhidmatan kereta api tersebut untuk ulang-alik dari sekolah.
Pelajar Tingkatan Lima, Nurul Fatin Alia Azman berkata kejadian semalam adalah pertama kali berlaku sepanjang beliau menggunakan perkhidmatan kereta api itu.
"Sudah lama saya menggunakan kereta api ini, iaitu sejak berusia 13 tahun lagi untuk ulang-alik dari sekolah dan saya akan tetap menggunakan pengangkutan ini kerana ia sangat selesa dan menjimatkan masa," katanya.
Bagi pelajar Tingkatan Tiga, Nur Basyirah Darwisya Razali pula berharap insiden terbabit tidak akan berulang lagi kerana rata-rata pelajar dari Kampung Kuala Gris ini menggunakan perkhidmatan tersebut sebagai pengangkutan utama.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 10 2022
Kira-kira 100 pelajar di Kampung Kuala Gris, Kuala Krai terpaksa ponteng sekolah apabila kereta api yang sepatutnya tiba jam 7 pagi tidak berhenti di hentian tersebut. - Foto fail
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa tipu kurangkan kadar kompaun
Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun.
AWANI Ringkas: Faktor penyumbang tragedi helikopter terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Tidak tuntut nafkah, Adira faham keadaan Datuk Red
"Saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red... dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia."
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Azerbaijan meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk meneruskan kes yang menuduh Armenia menjalankan kempen penghapusan etnik, satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh selama berdekad-dekad konflik etnik mereka.
Ringgit meningkat semula berikutan dolar AS rendah pada sesi awal
Pada 9.05 pagi, ringgit naik kepada 4.7730/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 pada Selasa.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Anak gajah mati dilanggar lokomotif kereta api
Ketika kejadian pada jam 8.19 malam, terdapat seramai 70 penumpang berada di dalam tren dan semua dilaporkan selamat.
Mogok kereta api berulang di Jerman
Perkhidmatan sebahagian besar rangkaian kereta api jarak jauh dan wilayah Jerman terhenti pada pagi Khamis apabila pemandu memulakan mogok 35 jam berikutan kegagalan dalam rundingan gaji.
18 set ETS, komuter KTMB akan dibaik pulih - Anthony Loke
Loke berkata pihaknya berhasrat untuk menambah bilangan set ETS bagi menambah kekerapan perjalanan tren untuk penumpang pada setiap masa.
Malaysia Airlines perkenal MHrail, tawar peluang teroka Seoul, London
Ia turut mengumumkan pengembangan kerjasama dengan AccesRail, pembekal terkemuka dunia bagi rumusan antara kereta api udara.
Gelombang sejuk landa beberapa negeri di utara India, kabus jejas penerbangan, tren
Pada pagi Jumaat, stesen cuaca utama New Delhi di Safdarjung merekodkan suhu minimum 9.4 darjah Celsius.
Operasi Shinkansen dihentikan sementara di Ishikawa
Menurut pihak berkuasa Kereta Api Jepun, pada masa ini tiada rancangan untuk menyambung semula operasi.
Bangkok sepi warga kota pulang ke kampung sempena tahun baharu
Menjelang Tahun 2024, Bangkok mengalami fenomena biasa - penduduk memulakan perjalanan balik ke kampung halaman masing-masing.
11 maut nahas babit kereta api, bas mini di Jawa Timur
Nahas berlaku ketika bas mini itu melintasi persimpangan kereta api tanpa penghadang.
Lapan maut, empat cedera kereta api bertembung di Thailand
State Railway of Thailand (SRT) berkata lima lelaki dan tiga wanita berusia antara 18 dan 64 tahun, maut dalam kemalangan itu.
Kerajaan jalankan kajian kebolehlaksanaan rangkaian rel di Sarawak - Loke
Satu kajian kebolehlaksanaan akan dijalankan tidak lama lagi bagi mengukur daya maju sistem rel yang akan dibina di Sarawak.