Kes baharu COVID-19 kekal 4 digit, Selangor catat 535 kes

Astro Awani
April 11, 2021 07:13 MYT
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, Selangor menjadi negeri yang mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 535 kes. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan 1,739 kes baharu COVID-19 untuk tempoh 24 jam yang lalu.
Ia sekali gus menjadikan kumulatif kes positif ketika ini adalah 360,856 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, Selangor menjadi negeri yang mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 535 kes.
"Pada hari ini, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 535kes (30.8 peratus).
"Daripada jumlah ini, sebanyak 441 kes (82.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.
"Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 443 kes (25.5 peratus)dan Sabah sebanyak 127 kes (7.3 peratus)," katanya.
Sementara itu, dalam kenyataannya, Dr Noor Hisham berkata sejumlah lapan kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan kumulatif kematian adalah 1,329 kes.
"Terdapat lapan kes kematian pada hari ini yang melibatkan empat kes di Selangor, dua kes di Kuala Lumpur dan masing-masing satu kes di Sabah dan Johor.
"Kesemua kes melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka," katanya.
Selain itu, sejumlah 1,216 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu dengan kumulatif kes sembuh kini adalah 343,953.
Jumlah kes yang kini mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 183 kes dengan 81 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Berikut merupakan pecahan kes baharu COVID-19 untuk hari ini:
Selangor - 535 (120,055)
Sarawak - 443 (20,001)
Sabah - 127 (55,797)
P Pinang - 113 (17,563) .
Kelantan - 98 (7,119)
Kuala Lumpur - 96 (38,865)
Johor - 67 (42,307)
Melaka - 59 (6,763)
Perak - 50 (13,771)
N. Sembilan - 40 (17,554)
Kedah - 40 (8,806)
Terengganu - 34 (3,757)
Pahang - 22 (4,520)
Putrajaya - 11 (1,230)
Labuan - 4 (2,411)
Perlis - 0 (337)

Sehingga 11 April 2021: Jumlah kes COVID-19 adalah 1,739 kes (360,856 kes) Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 535 (120,055) Sabah - 127 (55,797) Johor - 67 (42,307) WP KL - 96 (38,865) Sarawak - 443 (20,001) 1/2

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) April 11, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Dr Noor Hisham Abdullah #kesihatan #COVID-19 #kes positif #kes baharu #kes harian COVID19 #peningkatan kes