KUALA LUMPUR:Dua negeri mencatatkan kes harian COVID-19 tertinggi pada Khamis iaitu Sabah sebanyak 660 kes diikuti Selangor (407 kes), kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Peningkatan kes di Selangor pula berpunca daripada Kluster Teratai (245 kes) dan sebuah kluster baharu iaitu Kluster Kapas BJ (55 kes).

Kedua-dua kluster tersebut adalah kluster berkaitan tempat kerja yang melibatkan bukan warganegara.

Berikutan merupakan lima tumpuan kenyataan media KKM hari ini:

1. Empat kluster baharu dikenal pasti iaitu Kluster Kapas BJ, Kluster Prestij, Kluster Bah Bercham dan Kluster Kiambang.

2. Enam kluster diisytiharkan tamat iaitu Kluster Umboo, Kluster Bah Mutiara, Kluster Khazanah, Kluster Jalan Pantai, Kluster Bah Bangat dan Kluster Bah Kasturi.

3. 110 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), 37 kes memerlukan bantuan pernafasan.

4. Sebanyak 1,290 kes baharu menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 51,680 kes.

5. Sebanyak 878 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 38,132 kes