PUTRAJAYA: Kes penularan wabak COVID-19 dikesan meningkat sehingga 45 peratus pada minggu ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba,

Menurut Dr Adham, berbanding minggu ke-14 tahun ini, purata kes pada minggu ke-15 sebanyak 1,963 kes.

"Data yang kita dapati pada 17 April mendapati sebanyak 372,859 kumulatif kes COVID-19 dilaporkan dan pada minggu ke-15 sahaja, sebanyak 13,742 kes dilaporkan.

"Bermakna, anggaran 1,963 kes sehari dan ini menunjukkan bahawa terdapat 45 peratus peningkatan kes berlaku berbanding minggu ke-14.

"Peningkatan kes ini dikesan sejak tiga minggu lepas sejak minggu ke-12," katanya dalam sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19.

Dr Adham berkata, peningkatan kes COVID-19 dikesan berlaku sejak tiga minggu lalu, iaitu bermula pada minggu ke-12 tahun ini.