Kes COVID-19 di Malaysia meningkat 45 peratus - Menteri Kesihatan

Irwan Muhammad Zain
April 19, 2021 07:41 MYT
Dr Adham Baba berkata, peningkatan kes COVID-19 dikesan berlaku sejak tiga minggu lalu, iaitu bermula pada minggu ke-12 tahun ini. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kes penularan wabak COVID-19 dikesan meningkat sehingga 45 peratus pada minggu ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba,
Menurut Dr Adham, berbanding minggu ke-14 tahun ini, purata kes pada minggu ke-15 sebanyak 1,963 kes.
"Data yang kita dapati pada 17 April mendapati sebanyak 372,859 kumulatif kes COVID-19 dilaporkan dan pada minggu ke-15 sahaja, sebanyak 13,742 kes dilaporkan.
"Bermakna, anggaran 1,963 kes sehari dan ini menunjukkan bahawa terdapat 45 peratus peningkatan kes berlaku berbanding minggu ke-14.
"Peningkatan kes ini dikesan sejak tiga minggu lepas sejak minggu ke-12," katanya dalam sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19.
Dr Adham berkata, peningkatan kes COVID-19 dikesan berlaku sejak tiga minggu lalu, iaitu bermula pada minggu ke-12 tahun ini.
#Menteri Kesihatan #Dr Adham Baba #Kes #meningkat #Badan Bertindak Imunisasi COVID-19