JUMLAH kumulatif COVID-19 di seluruh dunia kini mencatatkan 63.6 juta kes.

Ini berikutan ratusan ribu jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 13.65 juta kes jangkitan.

Ini diikuti India dengan 9.46 juta kes, manakala Brazil merekodkan 6.33 juta kes.

Negara yang melepasi angka 2 juta kes ialah Rusia (2,302,062) dan Perancis (2,275,016).

Negara dengan kes jangkitan positif COVID-19 melepasi 1 juta kes ialah Sepanyol (1,656,444), United Kingdom (1,647,223), Itali (1,620,901), Argentina (1,424,533), Colombia (1,316,806), Mexico (1,107,071) dan Jerman (1,069,763).

Sementara itu, Poland, Peru , Iran, Afrika Selatan, Ukraine, Turki, Belgium, Iraq, Chile, Indonesia, Belanda  dan Czechia termasuk dalam negara yang merekodkan lebih setengah juta kes

Negara dalam lingkungan angka 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan koronavirus adalah Romania , Bangladesh,Filipina, Pakistan, Kanada , Arab Saudi, Maghribi dan Switzerland.

Dalam pada itu, sebanyak 33 negara merekodkan angka positif dalam lingkungan 100,000 hingga 300,000 kes.

Kebanyakan negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000 kes, termasuk Malaysia.