Kes demam denggi di P.Pinang menurun

Bernama
Februari 11, 2020 20:29 MYT
Kes demam denggi di Pulau Pinang mencatat penurunan 85.84 peratus. - Gambar fail
Kes demam denggi di Pulau Pinang mencatat penurunan 85.84 peratus dengan hanya 182 kes direkodkan bagi tempoh awal Januari hingga 8 Feb lepas, berbanding tempoh sama pada tahun lepas yang mencatatkan 1,103 kes.
Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) dalam satu kenyataan berkata bagi tempoh sama, satu kematian demam denggi dilaporkan tahun ini berbanding empat kematian pada tahun 2019.
Menurutnya ketika ini terdapat tiga lokaliti wabak terkawal iaitu daerah Timur Laut di Jalan Paya Terubong dan Taman Terubong Indah, manakala di daerah Seberang Perai Tengah melibatkan Apartment Permata Zon A.
Menurut kenyataan itu lagi terdapat satu lokaliti wabak hotspot iaitu di Apartment Taman Kristal di Daerah Timur Laut.
"JKNPP mengingatkan masyarakat agar terus mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghentikan penularan penyakit denggi iaitu melakukan pemeriksaan dalam rumah dan kawasan sekitar masing-masing bagi mengenalpasti serta menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes.
Mereka juga boleh mendapatkan ubat pembunuh jentik-jentik nyamuk di klinik-klinik kesihatan kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
#Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang #jentik-jentik #JKNPP #kes demam denggi #nyamuk aedes #pulau pinang