GEORGE TOWN: Kes demam denggi di Pulau Pinang merekodkan peningkatan 248.1 peratus iaitu 1,347 kes dicatatkan sejak Januari hingga 17 Dis lepas berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu hanya 387 kes.
Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Datuk Dr Ma'arof Sudin berkata satu kematian dilaporkan pada tahun ini manakala jumlah kes pada tahun ini lebih rendah berbanding jumlah kes sebelum pandemik COVID-19 pada 2019, iaitu sebanyak 4,061 kes direkodkan, ketika itu penurunan sebanyak 66.8 peratus.
Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata pihaknya telah menjalankan pelbagai aktiviti kawalan dan pencegahan untuk semua kes dan wabak denggi yang dilaporkan bagi memutuskan rantaian jangkitan.
"Sebagai contoh, aktiviti kawalan vektor yang melibatkan pemeriksaan premis, semburan kabus, penghapusan tempat pembiakan, dan pendidikan kesihatan dijalankan untuk setiap kejadian kes tunggal atau wabak,'' katanya.
Menurutnya sehingga 17 Dis lepas, 484,640 premis telah diperiksa dan 905 kompaun di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 (Akta 154) dengan nilai RM452,500 telah dikeluarkan kepada pemilik premis yang dijumpai terdapat pembiakan nyamuk aedes.
Menurutnya bagi memastikan demam denggi tidak terus merebak dan mengancam kesihatan penduduk, seluruh lapisan masyarakat perlu bersama-sama memikul tanggungjawab antaranya bekerjasama membersihkan kawasan persekitaran masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 21 2022
Jabatan Kesihatan negeri telah menjalankan pelbagai aktiviti kawalan dan pencegahan untuk semua kes dan wabak denggi yang dilaporkan bagi memutuskan rantaian jangkitan. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lapan aksi pramusim digunakan untuk uji sistem VAR - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan menggunakan lapan aksi pramusim bermula Isnin depan hingga 4 Mei ini untuk menguji sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Tumpuan Sabtu - 20 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Empat wakil negara mara ke separuh akhir kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia
Empat wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir Kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia Zon Asia yang berlangsung di Pusat Skuasy Jalan Duta hari ini.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Demam denggi ragut 316 nyawa di Indonesia pada Februari
Sekurang-kurangnya 316 orang maut akibat demam denggi berdarah di Indonesia setakat Februari tahun ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dante Saksono Herbuwono.
Jumlah kes demam denggi menurun, tiga kematian dilaporkan - KKM
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 3,268 kes pada Minggu Epidemiologi ke-9 (ME9) iaitu dari 25 Feb hingga 2 Mac lepas berbanding 3,572 kes pada minggu sebelum itu.
Malaysia, tiga lagi negara laksana kajian guna semula Nelfinavir untuk rawat demam denggi - Dzulkefly
Malaysia bersama Brazil, India dan Thailand sedang melaksanakan kajian bagi penggunaan semula ubat Nelfinavir untuk rawatan penyakit demam denggi.
Kes denggi meningkat pada minggu kelima 2024, tiada kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi kumulatif yang dilaporkan hingga ME05 ialah sebanyak 18,427 kes berbanding 11,127 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Kes denggi meningkat pada ME02, dua kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 3,525 kes pada Minggu Epidemiologi ke-02 (ME02) 2024 iaitu bagi tempoh 7 Jan 2024 hingga 13 Jan 2024 berbanding 3, 181 kes pada minggu sebelumnya.
10 lokaliti tambahan bagi pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia tangani isu denggi
Usaha yang dicadangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Denggi memerlukan kos RM4 juta setahun untuk pelaksanaannya.
Banjir: Kes demam denggi catat peningkatan di Kelantan
Pasca banjir di Kelantan menyaksikan terdapat kes deman, penyakit kulit yang disebabkan air yang tercemar dan demam denggi.
Kes denggi turun 6.8 peratus, empat kematian pada ME52
Jumlah kes demam denggi menurun 6.8 peratus kepada 2,715 kes pada Minggu Epidemiologi ke-52 (ME52) iaitu bagi tempoh 24 hingga 30 Dis lepas, berbanding 2,913 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Kes denggi meningkat 11.2 peratus, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi meningkat 11.2 peratus kepada 2,988 kes pada Minggu Epidemiologi ke-48 (ME48) iaitu bagi tempoh 26 Nov hingga 2 Dis lepas.