KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-48 tahun ini dari 27 Nov hingga 3 Dis meningkat sebanyak 11.6 peratus iaitu 1,935 kes berbanding 1,734 pada minggu sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada ME ke-48.
Beliau berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah 58,239 kes berbanding 24,049 kes bagi tempoh sama tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 142.2 peratus manakala 39 kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan berbanding 19 kematian bagi tempoh sama pada 2021.
"Sebanyak 53 lokaliti hotspot dilaporkan pada minggu ini berbanding 54 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya dengan 24 hotspot berada di Selangor, Sabah (16), Kuala Lumpur dan Putrajaya (10) serta masing-masing satu lokaliti di Pulau Pinang, Perak dan Sarawak," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Noor Hisham berkata survelan chikungunya merekodkan sebanyak 21 kes pada ME ke-48 dengan 20 kes di Pulau Pinang dan satu kes di Selangor.
"Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 731 kes. Bagi survelan zika, sebanyak 2,003 sampel darah dan 17 sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 09 2022
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah 58,239 kes berbanding 24,049 kes bagi tempoh sama tahun lepas. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Selesaikan segera isu kewarganegaraan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sultan Selangor zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
TH anjur Kursus Perdana Haji bermula hari ini hingga 5 Mei 2024
Sepanjang kursus selama satu setengah hari ini, bakal-bakal haji akan melalui praktikal seperti bertawaf, sa'ie, melontar jamrah dan ibadat haji lain secara berkumpulan.
Jenazah Tun Hanif Omar dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Tun Mohammed Hanif Omar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Wanita ditahan bantu siasatan kes simbah OKU dengan air panas
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kejadian seorang lelaki sindrom Down melecur pada bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif.
Kepimpinan MPN PKR Sabah: Tiada nama spesifik dibincangkan - Fahmi
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata tiada nama spesifik yang dibincangkan berkaitan kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah.
Pemergian Tun Hanif kehilangan buat negara - Musa Hassan
Pemergian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar adalah satu kerugian buat negara.
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
Israel perlu waspada jika negara Asia Barat masuk campur
Israel seharusnya mengambil pengajaran daripada konflik dengan Iran supaya tindak bertindak sewenang-wenangnya mencabuli hak rakyat Islam, terutamanya Palestin.
AWANI Ringkas: PM: Isu PKR Sabah akan diselesaikan segera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
8,803 kompaun lebih RM2 juta dikeluarkan atas kesalahan merokok, kawalan demam denggi
Sebanyak 8,803 kompaun bernilai lebih RM2 juta dikeluarkan KKM pada bulan lepas atas kesalahan merokok dan kawalan demam denggi.
Kes denggi meningkat pada ME08, dua kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 3,572 kes pada Minggu Epidemiologi ke-08 (ME08) 2024 iaitu bagi tempoh 18 Feb hingga 24 Feb, berbanding 3,483 kes pada minggu sebelumnya.
Faktor cuaca punca demam denggi meningkat 407.7 peratus di Ipoh
MBI mencatatkan peningkatan dengan 330 kes dilaporkan sehingga 20 Januari lalu (Minggu Epid:3/2024).
Lebih RM18 juta kompaun dikeluar cegah demam denggi
Sebanyak 4,264 kes juga telah didaftar untuk tindakan mahkamah dengan 911 kes telah disabitkan kesalahan dengan jumlah denda RM2,349,950.
7,254 kes demam denggi, 12 kematian direkodkan di Pulau Pinang
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sejak awal Januari hingga 23 Disember adalah sebanyak 7,254 kes dengan 12 kematian dicatatkan.
Kes denggi turun sedikit, tiga kematian dilaporkan pada ME49 - KP Kesihatan
Kumulatif kes denggi tahun ini sehingga ME49, sebanyak 114,365 kes berbanding 60,110 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
Denggi: Pulau Pinang rekod sembilan kematian setakat 20 Nov
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang diberitahu sebanyak sembilan kematian membabitkan kes demam denggi di negeri itu direkodkan setakat 20 Nov lepas.
Bangladesh catat 300,000 kes denggi, 1,549 kematian
Dalam tempoh 19 hari pertama November sebanyak 30,080 kes denggi baharu dicatatkan selepas 67,769 dijangkiti penyakit itu bulan lalu.
Kes denggi di P. Pinang meningkat
Sebanyak 122 kes demam denggi dilaporkan di seluruh Pulau Pinang pada Minggu Epidemiologi ke-45 (ME45) bagi tempoh 5 hingga 11 Nov lepas.
Faktor cuaca antara punca denggi meningkat di Kelantan
Faktor cuaca didapati antara punca berlaku peningkatan kes demam denggi di Kelantan, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin.