Warga kota diingatkan agar lebih berwaspada kerana kes denggi dijangka meningkat kira-kira dua kali ganda dalam tempoh tiga bulan dari Julai hingga September.
Ketua Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Dr Zainal Abidin Abu Bakar berkata ini berdasarkan trend kes denggi pada tahun-tahun sebelumnya.
Dari Januari sehingga Jun 2014, kes denggi di Kuala Lumpur mencatat 3,803 kes, melonjak ke 7,185 kes dalam tempoh Julai hingga September.
Perkara yang sama turut berlaku pada 2013, apabila rekod pada bulan Januari sehingga Jun mencatat 1,065 kes melonjak ke 2,570 kes dalam tempoh Julai hingga September.
Sehubungan itu, kadar kes denggi sebanyak 3,492 kes setakat 25 Jun 2015 di ibu negara diramalkan boleh meningkat dua kali ganda pada tempoh tersebut.
BACA: Kes denggi di Ampang Jaya semakin kritikal - MPAJ
Dr Zainal Abidin berkata antara faktor yang mungkin mendorong peningkatan kes denggi pada tempoh tersebut ekoran ia merupakan musim lembap dan hujan yang kerap.
"Nyamuk hanya memerlukan sedikit air iaitu air sebesar duit syiling 20 Sen sahaja yang sama dengan sebesar satu sudu cawan teh untuk bertelur dan nyamuk Aedes mampu bertelur antara 80 hingga 100 biji.
"Telur Aedes mampu bertahan dalam persekitaran kering sehingga tempoh enam bulan dan akan mula menetas dan bertukar menjadi pulpa atau jentik-jentik sekiranya ada air," katanya kepada Bernama di sini.
Dr Zainal Abidin berkata pihaknya telah mula menjalankan operasi mencegah nyamuk dengan lebih kerap dengan melakukan pengabutan secara besar-besaran dan aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan di lebih 2,600 lokasi sekitar ibu kota semenjak Januari.
Katanya, operasi pemeriksaan juga lebih tertumpu di kawasan tapak binaan ekoran kawasan seperti ini dilihat lebih mudah terdedah kepada pembiakan nyamuk.
Dr Zainal Abidin berkata dari Januari sehingga 20 Jun, pihaknya telah memeriksa lebih 125 tapak dan 80 daripadanya adalah positif pembiakan nyamuk.
"Bagi premis tapak binaan yang dijumpai positif pembiakan akan diarahkan tutup selama dua minggu untuk mereka menjalankan aktiviti pembersihan dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk di sekitar tapak binaan mereka," katanya.
Katanya, Kuala Lumpur merekodkan sebanyak 18 kematian sehingga 25 Jun iaitu tiga kali ganda berbanding tahun lepas sebanyak enam kematian dalam tempoh yang sama.
Mengikut statistik daripada Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan CPRC, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di laman sesawang i-Dengue, dari 4 Jan sehingga 24 Jun, negeri Selangor meduduki tempat pertama dengan 31,736 kes denggi yang direkodkan; kedua Perak (5,630 kes); diikuti Johor (4,083); Kuala Lumpur (3,492); Pulau Pinang (2,662); Sabah (1,392); Pahang (1,217); Sarawak (1,187); Negeri Sembilan (958); Melaka (929); Kelantan (767); Terengganu (509); Kedah (461); Perlis (127); Putrajaya (90) dan Labuan (2).
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr Norhayati Abdullah berkata dalam mencegah wabak denggi ini daripada terus menular, pihaknya meningkatkan jumlah operasi pencegahan denggi yang dilakukan secara kerap dan berterusan oleh pasukan khas pencegahan denggi DBKL.
Katanya pihaknya melaksanakan pengabutan di lebih 30 kawasan yang menjadi keutamaan dalam tempoh sehari dan meletakkan ubat jentik-jentik di tempat strategik di sekitar 11 kawasan Parlimen di ibu kota.
"Kami berharap jumlah kes denggi pada tahun ini berkurangan daripada tahun lepas, kerana kami telah laksanakan banyak inisiatif dalam menangani perkara ini daripada merebak," katanya.
Bernama
Sat Jun 27 2015
Berdasarkan trend pada tahun-tahun sebelumnya, kes denggi dijangka meningkat kira-kira dua kali ganda dalam tempoh tiga bulan dari Julai. - Foto EPA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kes demam denggi meningkat pada ME 45, dua kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 1,583 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 45 bagi tempoh 3 hingga 9 Nov lepas berbanding 1,346 kes pada minggu sebelumnya.
Kes demam denggi menurun pada ME 44, satu kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan menurun kepada 1,346 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 44 bagi tempoh 27 Okt hingga 2 Nov lepas berbanding 1,521 kes pada minggu sebelumnya.
Kes demam denggi menurun pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan
Orang awam dinasihati supaya mengelak daripada berada di luar rumah pada waktu puncak gigitan nyamuk aedes.
Kes denggi meningkat pada minggu kelima 2024, tiada kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi kumulatif yang dilaporkan hingga ME05 ialah sebanyak 18,427 kes berbanding 11,127 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Halang pegawai kesihatan buat pemeriksaan Aedes di rumah boleh diambil tindakan
Individu yang gagal patuhi arahan itu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Lebih RM18 juta kompaun dikeluar cegah demam denggi
Sebanyak 4,264 kes juga telah didaftar untuk tindakan mahkamah dengan 911 kes telah disabitkan kesalahan dengan jumlah denda RM2,349,950.
Kes denggi turun sedikit, tiga kematian dilaporkan pada ME49 - KP Kesihatan
Kumulatif kes denggi tahun ini sehingga ME49, sebanyak 114,365 kes berbanding 60,110 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
Kes demam denggi di Ipoh meningkat 265.9 peratus
Rumaizi berkata, peningkatan itu adalah sebanyak 265.9 peratus berbanding dengan 129 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
1,877 kes demam denggi direkodkan pada Minggu Epidemiologi 16
Sebanyak 1,877 kes demam denggi dilaporkan bagi Minggu Epidemiologi (ME) 16 iaitu dari 16 hingga 22 April, penurunan 522 kes atau 21.8 peratus berbanding 2,399 kes pada minggu sebelumnya.
Selangor catat 31,822 kes demam denggi sejak Januari - Pengarah Kesihatan
Berlaku peningkatan kes sebanyak 131.5% melibatkan 18,077 kes berbanding minggu epidemiologi (ME) sama tahun lepas iaitu sebanyak 13,745 kes.