KUALA LUMPUR : Malaysia mencatatkan jumlah kematian harian tertinggi dengan 135 lagi kematian dilaporkan sepanjang 24 jam yang lalu. 

Ini menjadikan jumlah kumulatif kematian di negara ini sebanyak 5,903 kes.

Berikut merupakan tumpuan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 8 Julai 2021:

1. Kematian tertinggi, 135 kematian baharu dengan jumlah kumulatif kini 5,903 kes.

2. 8,868 kes baharu, jumlah keseluruhan kes kini 808,658 kes.

3. Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 menjadi 77,275 kes.

4. 952 kes sedang dirawat di ICU, 445 kes memerlukan bantuan pernafasan.

5. Kes pulih baharu sebanyak 5,802 kes, jumlah keseluruhan kes pulih 725,480 kes.