KUANTAN: Penularan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini mencatatkan peningkatan enam kali ganda sehingga kelmarin.
Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, sebanyak 1,288 kes telah dicatatkan
berbanding 190 kes dalam tempoh sama pada tahun lalu.
"Daripada keseluruhan kes, sebanyak 138 kes atau 10.7 peratus adalah kes yang dikenal pasti hasil dari penularan yang berlaku di 27 buah taska, tadika dan pra sekolah, manakala 1,150 kes atau 89.3 peratus kes berlaku secara sporadik," katanya dalam satu kenyataan rasmi berkaitan penularan penyakit berkenaan, hari ini.
Beliau turut menjelaskan, tiada rawatan khusus atau rawatan alternatif untuk merawat jangkitan HFMD dan kebiasaannya jangkitan adalah ringan.
Menurutnya, jika pesakit mengalami demam, antipyretic akan diberikan sebagai rawatan bagi mengurangkan gejala yang dialami pesakit.
"Saya ingin menasihatkan pesakit agar minum banyak air kosong untuk mengelakkan dehidrasi sepanjang tempoh jangkitan selain mendapatkan rehat secukupnya serta amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.
"Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) juga ingin menasihatkan ibu bapa agar tidak terpedaya dengan promosi rawatan alternatif bagi menyembuhkan HFMD," katanya.
Tegasnya, nasihat yang tepat serta sahih hanya boleh diperoleh daripada pegawai perubatan dan anggota kesihatan.
Sementara itu, Nor Azimi mendedahkan kes HFMD masih menunjukkan trend meningkat berdasarkan pemantauan yang dilakukan oleh JKNP pada minggu ini.
Beliau turut berharap agar ibu bapa, penjaga mahupun pengusaha taska, tadika atau pra sekolah mengambil langkah-langkah pencegahan terutamanya aspek penjagaan kebersihan dalam pengurusan kanak-kanak.
Ifti Femida
Sat May 14 2022
Kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri Pahang mengalami peningkatan enam kali ganda iaitu sebanyak 1,288 kes berbanding 190 kes dalam tempoh sama pada tahun lalu. - Gambar hiasan
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
5,335 kes HFMD dilaporkan di Pulau Pinang
Sebanyak 5,335 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Pulau Pinang direkodkan sejak awal tahun ini hingga minggu epidemiologi (ME) 36/2023 pada 9 Sept.
45 murid dijangkiti HFMD, Perak ambil langkah kawalan - Exco
Sejumlah 45 murid di beberapa daerah negeri ini antaranya Kinta Utara, Kinta Selatan, Larut, Matang dan Selama, Muallim dan Kerian dikesan menghidap penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
HFMD di Johor meningkat 1.3 kali ganda kepada 320 kes
Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Johor dilaporkan meningkat 1.3 kali ganda kepada 320 kes pada Minggu Epidemiologi ke-22 (ME22) iaitu bagi tempoh 28 Mei hingga Sabtu lepas.
Bilangan kes HFMD melepasi paras amaran kebangsaan
Selangor menyumbang kes tertinggi, diikuti Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Johor dan Sarawak.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kes HFMD dan wabak jangkitan salur pernafasan di Johor meningkat
Kes kumulatif bagi penyakit tangan, kaki dan Mulut (HFMD), serta wabak jangkitan saluran pernafasan di negeri Johor meningkat.
HFMD: Johor catat 8,376 kes setakat semalam
Sebanyak 8,376 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di Johor sejak 1 Jan lepas hingga semalam, peningkatan sebanyak 79 kali ganda berbanding 106 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Kes ILI, URTI, dan HFMD meningkat di Johor - Exco Kesihatan
Sebanyak 952 kes jangkitan saluran pernafasan dilaporkan sehingga minggu epid pada 25/2022, iaitu peningkatan sebanyak 70.9 peratus.
Johor rekod 6,987 kes HFMD tahun ini sehingga semalam
Kebanyakan kes HFMD berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 0 hingga enam tahun iaitu sebanyak 6,048 kes (86.6 peratus).
HFMD: Kes menurun tapi kekalkan langkah pencegahan - Dr Noor Hisham
Angka itu menunjukkan penurunan sebanyak 22.9 peratus berbanding ME ke-22, 2022 iaitu 16,954 kes.