Kes jemaah haji yang terkandas ekoran tidak memperoleh visa telah selesai sepenuhnya, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Katanya, kes sedemikian pertama kali berlaku sejak 54 tahun Tabung Haji (TH) menguruskan jemaah haji namun ia dapat diselesaikan dengan pantas hasil hubungan baik antara kerajaan Malaysia dengan Arab Saudi.
"Kita telah berjaya mengawal keadaan dan selesaikan perkara ini. Ia melibatkan visa yang diproses oleh Arab Saudi dan bukannya TH tetapi kita terpaksa mengambil tanggungjawab kerana ia melibatkan kos penginapan yang akan meningkatkan kos operasi haji tahun ini.
Setakat ini, kita dapati setiap penerbangan itu akan ada yang tercicir namanya daripada senarai yang mendapat visa yang diproses Arab Saudi, tetapi alhamdulillah kita dapati ia semakin baik dan kebanyakannya telah berangkat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat empat penuntut yang merupakan ahli Mahasiswa Kelantan (HIMSAK) di Hospital Daerah Besut yang cedera ekoran terlibat dalam tragedi bot terbalik berhampiran Pulau Rhu, di sini, semalam.
Mengenai tragedi tersebut, beliau berharap siasatan segera dapat dilakukan sambil melahirkan rasa simpati kepada mereka yang terlibat kerana HIMSAK bernaung di bawah Perhubungan UMNO Malaysia.
Dalam kejadian tersebut, bot pelancong yang membawa 15 penumpang terdiri daripada penuntut beberapa universiti Institut Pendidikan Tinggi (IPT) dan pegawai HIMSAK dalam perjalanan pulang dari Pulau Perhentian ke Jeti Kuala Besut setelah menyertai program anjuran UMNO Kelantan.
Bot tersebut tiba-tiba terbalik hingga mengorbankan Norhasibah Husna Ibrahim, 21, yang merupakan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) manakala enam orang lagi cedera.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 09 2017
ASYRAF: Kita telah berjaya mengawal keadaan dan selesaikan perkara ini.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Boleh peraga kemewahan di media sosial tapi hutang wajib bayar - Asyraf Wajdi
Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan mana-mana pihak yang berhutang wajib membayar pinjaman tersebut.
Mara sasarkan jualan usahawan RM100 juta di MIHAS Dubai
Mara menyasarkan untuk meraih potensi jualan mencecah RM100 juta melalui penyertaan 17 usahawan Program Gate to Global (GTG) di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) Dubai.
'You touch you go!' - Asyraf Wajdi ingatkan jangan sorok kes buli di MRSM, IPMa
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan agar tindakan tegas diambil ke atas pengetua terbabit, jika terdapat kes buli yang 'disorokkan'.
Ramli Mohd Nor jadi Orang Asli pertama angkat sumpah ahli MKT UMNO
Jelas beliau, Ramli menjadi Orang Asli pertama yang dilantik sebagai ahli MKT UMNO.
Jangan angkuh, bongkak dengan kemenangan di DUN Mahkota - MKT UMNO
MKT juga berpandangan kemenangan di DUN Mahkota memberikan isyarat jelas bahawa rakyat menerima baik model kerjasama Kerajaan Perpaduan.
'MRSM Terendak paling daif, uzur' - Asyraf Wajdi lulus peruntukan RM400,000 untuk baik pulih
MRSM Terendak yang mempunyai 663 pelajar itu adalah yang paling teruk pernah dilawatinya, sehingga terdapat najis tikus di dapur masak Dewan Selera sekolah berkenaan.
Lagi kes pelajar keracunan makanan, Asyraf Wajdi terjah MRSM Terendak
Kes keracunan makanan di MRSM Terendak melibatkan 48 orang pelajar, dengan enam daripadanya terpaksa masuk ke wad kecemasan.
Pengerusi MARA terjah dewan makan MRSM Mersing
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melakukan terjahan bagi memeriksa keadaan di dewan makan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mersing, Johor.
'Ini ikan tenggiri?'- Asyraf Wajdi terjah dewan makan MRSM
Menu makan malam yang ditetapkan dalam piawaian Majlis Amanah Rakyat (Mara) didakwa tidak diikuti oleh pengusaha dewan selera Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, Perak.
Keracunan makanan: Dewan makan MRSM Taiping sudah diarah tutup - Exco Perak
Jabatan Kesihatan Perak telah mengarahkan dewan makan MRSM Taiping ditutup susulan kejadian keracunan makanan yang melibatkan pelajar maktab berkenaan pada 30 dan 31 Ogos lalu.