Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan sebanyak 927 kes dalam siasatan (PUI) telah dikenalpasti mempunyai hubungan kait dengan perhimpunan jemaah tabligh di masjid Sri Petaling.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kes COVID-19 membabitkan kluster tersebut meningkat kepada 3,347 kes berbanding 2,375 kes sebelum ini.

"Ini bermakna kluster dan sub kluster Sri Petaling menyumbang kepada 48 peratus daripada jumlah kes COVID-19 di Malaysia.

"Kluster ini telah melibatkan lima generasi dan sekarang ini kita lihat kes kematian di kluster tabligh ada 33 kes bersama 0.99 peratus," katanya dalam sidang media harian, di sini pada Selasa.