KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa kelewatan kakitangan perubatan merawat kecederaan seorang lelaki yang kepala zakarnya terpotong semasa berkhatan 12 tahun lepas, telah melenyapkan harapan untuk menyelamatkan alat sulit beliau.
Hakim Datuk Akhtar Tahir, dalam penghakiman bertulis yang dikeluarkan pada 27 Mei lepas, berkata ketika menyunatkan plaintif yang ketika itu berusia 10 tahun, seorang pembantu hospital di Hospital Kuala Lipis secara tidak sengaja telah terpotong keseluruhan kepala zakar mangsa.
"Bahagian alat sulit yang terpotong itu ditemui dan beliau (pembantu hospital) cuba menyambungnya semula dengan jahitan. Insiden itu berlaku pada kira-kira 10.30 pagi," katanya.
Beliau berkata petugas itu telah memaklumkan Hospital Kuala Lipis mengenai insiden itu pada 10.45 pagi dan hospital tersebut sepatutnya bertindak menyediakan segera sebuah ambulans untuk menghantar plaintif ke Hospital Selayang.
"Bagaimanapun, dengan melengahkan pemindahan plaintif ke Hospital Selayang dan sebaliknya menghabiskan masa menyelesaikan perkara yang remeh, mahkamah mendapati pegawai perubatan di Hospital Kuala Lipis telah melanggar kewajipan statutorinya untuk memberikan rawatan segera," katanya.
Hakim itu juga berkata terdapat keterangan lanjut bahawa Hospital Selayang telah dimaklumkan mengenai pemindahan plaintif namun kakitangan perubatan terbabit tidak mengambil langkah untuk melakukan persiapan kemungkinan pembedahan dilakukan.
"Terdapat kelewatan lanjut dalam menjalankan pembedahan yang dilakukan pada lewat petang iaitu kira-kira 10 jam selepas insiden itu. Mahkamah mendapati kakitangan perubatan yang terbabit di Hospital Selayang telah melanggar kewajipan mereka dengan melengahkan pembedahan," katanya.
BACA: Kes cuai khatan: Pemuda peroleh ganti rugi RM3.1 juta
Pada 7 April lepas, Akhtar memberikan ganti rugi berjumlah RM3.1 juta kepada lelaki berusia 22 tahun itu selepas membenarkan samannya terhadap kerajaan dan empat lagi iaitu pegawai perubatan serta pengarah di Hospital Kuala Lipis dan pakar serta pengarah Hospital Selayang.
Lelaki itu, yang memfailkan saman pada 19 Julai 2018 melalui ibunya, mendakwa proses bersunat pada 13 Dis 2010 ke atasnya tidak dilakukan mengikut prosedur ditetapkan sehingga menyebabkan seluruh kepala zakar terpotong.
Susulan insiden itu, ibu mangsa mendakwa anaknya mengalami kecacatan kekal dan menjadi seorang yang pendiam.
Dalam penghakimannya, Akhtar berkata mahkamah mengambil maklum bahawa terdapat dua pandangan berbeza dalam keterangan pakar yang dipanggil dalam kes ini.
"Satu pandangan ialah kelewatan yang berlaku tidak memberikan sebarang kesan kerana kecederaan yang dialami adalah terlalu serius dan mustahil untuk menjalankan pembedahan yang berjaya meskipun ia dilakukan dengan segera.
"Bagaimanapun, mahkamah memutuskan untuk menerima keterangan pakar bahawa kelewatan melakukan pembedahan telah menyebabkan keadaan menjadi mustahil untuk pembedahan itu berjaya," katanya.
Beliau berkata justeru, mahkamah merumuskan bahawa pegawai perubatan yang merawat plaintif telah melanggar kewajipan mereka dan oleh itu, cuai dalam menjalankan tangungjawab masing-masing serta telah menyebabkan semua kerugian yang dialami oleh mangsa.
Akhtar berkata kerugian utama yang dialami oleh plaintif ialah kehilangan aset paling berharga yang dimiliki oleh seorang lelaki.
"Sudah pasti tiada apa yang dapat mengantikan kehilangan ini. Segala rasa malu dan penghinaan yang dihadapi oleh plaintif adalah disebabkan oleh kehilangan yang maha dahsyat ini," katanya sambil menambah bahawa tiada wanita yang tahu mengenai keadaan plaintif itu mahu berkahwin dengannya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 03 2022
Mahkamah mendapati kakitangan perubatan yang terbabit di Hospital Selayang telah melanggar kewajipan mereka dengan melengahkan pembedahan. - Gambar hiasan
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Kes khatan: Kelewatan kakitangan perubatan bertindak punca alat sulit gagal diselamatkan - Hakim
Ketika menyunatkan plaintif yang ketika itu berusia 10 tahun, seorang pembantu hospital di Hospital Kuala Lipis secara tidak sengaja telah terpotong keseluruhan kepala zakar mangsa.