SEREMBAN: Kes Macau Scam di Negeri Sembilan menunjukkan peningkatan dengan 144 kertas siasatan dibuka melibatkan kerugian kira-kira RM4.56 juta bagi tempoh Januari hingga 21 April lepas, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan Supt Aibee Ab Ghani.
Beliau berkata kes tersebut menunjukkan peningkatan 336 peratus berbanding tahun sebelumnya dengan 33 kertas siasatan dibuka melibatkan jumlah kerugian RM930,000 bagi tempoh sama.
Aibee berkata terbaharu, polis menerima dua laporan penipuan daripada dua wanita melibatkan kerugian RM1.58 juta pada tiga hari lepas.
"Kes pertama melibatkan warga emas berusia 77 tahun mengalami kerugian RM1.186 juta, pengadu merupakan pesara kerajaan menerima panggilan daripada seorang wanita yang menyamar sebagai petugas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Cyberjaya, " katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata wanita tersebut dikatakan mempunyai tunggakan cukai atas nama syarikat milik mangsa sebanyak RM18,336 namun telah dinafikan, kemudian panggilan tersebut disambung kepada beberapa individu lain yang menyamar sebagai polis.
Wanita itu telah diperdaya sehingga menyebabkan mangsa memberikan maklumat lengkap sembilan akaun bank serta nombor kad pengenalan kepada individu tidak dikenali itu.
Aibee berkata kes kedua melibatkan seorang guru berusia 39 tahun berasal dari Sabah dan menetap di Nilai, ditipu oleh individu yang menyamar sebagai pegawai LHDN sebanyak RM394,358.
"Wanita itu menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mendakwa dia mempunyai tunggakan cukai RM38,000, kemudian panggilan itu disambung kepada individu lain dan mendakwa mangsa juga terlibat dalam kes penyeludupan dadah dan pengubahan wang haram," katanya.
Beliau berkata wanita itu turut membuat pinjaman peribadi dengan beberapa bank bagi menyelesaikan tunggakan cukai dan segala kesulitan yang dimaklumkan tersebut sehingga melakukan beberapa kali transaksi ke empat akaun bank berlainan.
Justeru, polis mengingatkan orang awam supaya tidak melayan sebarang panggilan yang meminta maklumat diri terutamanya akaun peribadi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 23 2022
Polis mengingatkan orang awam supaya tidak melayan sebarang panggilan yang meminta maklumat diri terutamanya akaun peribadi.
AWANI Pagi: Jom derma darah, jalankan tanggungjawab sosial anda
Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham membincangkan mengenai kepentingan menderma darah khususnya untuk membantu mereka yang alami masalah darah disebabkan keturunan atau menghidapi kanser darah. Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara KKM, Dr Tun Maizura Mohd Fathullah mengajak masyarakat di luar sana tampil menyahut seruan murni ini.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Situasi terkini letusan Gunung Ruang di Sulawesi
Untuk berkongsi perkembangan terkini letusan Gunung Berapi Ruang, di talian secara Google Meet ialah Feri Ariyanto, komunikasi badan nasional pencarian dan pertolongan (Basarnas) Manado Sulawesi.
Colombia bergelut masalah air, takungan negara kering
Fenomena El Nino melanda di Colombia pada penghujung 2023, menyebabkan suhu tinggi dan kemarau.
Letusan Gunung Ruang: Gelombang tsunami boleh capai 25 meter
Heruningtyas berkata, potensi tsunami ini mengancam di kawasan sebelah barat Pulau Tagulandang.
Iran beri amaran Israel terhadap tindakan ketenteraan lanjut
Iran memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bahawa Israel mesti dipaksa untuk menghentikan sebarang operasi ketenteraan selanjutnya terhadap kepentingan Iran.
Penumpang kecewa penerbangan dibatalkan tanpa notis awal
Beberapa penumpang di Lapangan Terbang Sulawesi, Indonesia merungut penrbangan mereka dibatalkan tanpa notis awal susulan gunung berapi Ruang meletus sejak kelmarin sehingga mengeluarkan abu bahaya ke udara sekali gus membahayakan keselamatan.
Amaran tsunami boleh mencapai 25 meter
Badan Geologi, Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia mengingatkan potensi tinggi gelombang tsunami yang diakibatkan oleh letusan Gunung Ruang di Kabupaten Sitaro, Sulawesi Utara mencapai 25 meter.
Banjir di Selangor menurun kepada 364 orang
Banjir di Melaka dan Negeri Sembilan pulih sepenuhnya setakat 8 malam tadi selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
DXB dijangka beroperasi semula dalam tempoh 24 jam
Terminal 1 dan Terminal 3 telah pun memulakan normalisasi secara beransur-ansur, menyebabkan pergerakan lebih lancar, katanya dalam kenyataan kepada Agensi Berita Emirates (WAM).
Teknologi canggih makmal analisis cryptocurrency selesai kes jenayah besar
Makmal analisis jenayah mata wang kripto yang mula beroperasi sejak 2021 merekodkan pencapaian membanggakan dan berjaya menyelesaikan kes-kes besar.
"Untung" RM110, rugi lebih RM200,000 akibat pelaburan tak wujud
Lelaki berusia 55 tahun itu mendakwa tertarik menyertai pelaburan yang dikatakan patuh syariah selain menjanjikan pulangan lumayan.
Pelajar IPTA di Arau alami kerugian RM38,000 ditipu Macau Scam
Seorang pelajar IPTA di Arau mengalami kerugian RM38,000 selepas dipercayai ditipu Macau Scam apabila terpedaya dengan dakwaan terlibat dalam siasatan kes pengubahan wang haram.
Macau Scam: Pesara guru rugi RM199,500
Mangsa mendakwa dihubungi suspek yang memperkenalkan diri sebagai pekerja syarikat penghantaran yang memaklumkan terdapat barang atas namanya.
PDRM sedang kenal pasti dalang seludup 43 rakyat Malaysia ke Peru
Polis sedang mengenal pasti dalang utama sindiket Macau Scam yang menyebabkan 43 rakyat Malaysia menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Peru.
Kerajaan usaha bawa balik mangsa 'scam' luar negara
Buat masa ini kerajaan sedang berusaha mengesan mereka yang menjadi mangsa, kata Timbalan Perdana Menteri.
43 rakyat Malaysia mangsa sindiket Macau Scam diselamatkan di Peru
Seramai 43 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penyeludupan manusia sindiket Macau Scam berjaya diselamatkan polis Republik Peru pada 7 Oktober lalu.
Guru paling ramai dalam kalangan penjawat awam jadi mangsa scammer di Johor - Polis
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata faktor itu dipercayai berikutan terdapat banyak komuniti guru di negeri ini iaitu kira-kira 50,000 orang.
Macau Scam: Pekebun sayur rugi hampir RM800,000
Mangsa yang takut dengan ugutan itu mendakwa telah diarah memindahkan wang daripada akaun simpanan ke lima akaun berbeza.
Sebanyak 5,513 aduan penipuan dalam talian dilapor ke MCMC, ini lima jenis scam
Sebanyak 5,513 aduan penipuan dalam talian dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dari 2020 hingga Mei tahun ini.