Kes Omicron meningkat, tapi pesakit kategori 4-5 kurang - Dr Noor Hisham

Sinar Harian
Februari 20, 2022 20:00 MYT
Menerusi ciapan di Twitternya, Dr Noor Hisham berkata, kes kematian juga berkurangan berbanding dengan varian Delta sebelum ini. - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan bahawa peningkatan kes varian Omicron COVID-19 mula dilihat dengan pengurangan kemasukan pesakit kategori empat dan lima ke hospital.
Menerusi ciapan di Twitternya, Dr Noor Hisham berkata, kes kematian juga berkurangan berbanding dengan varian Delta sebelum ini.
“Peningkatan kes varian Omicron COVID-19 mula dilihat dengan pengurangan kemasukan pesakit kategori empat dan lima ke hospital serta kurang kes kematian berbanding dengan varian Delta dulu,” katanya pada Ahad.
Beliau turut memuat naik gambar bahawa vaksinasi dos penggalak dapat membantu mengurangkan kes kritikal dan kematian melibatkan pesakit COVID-19.

Peningkatan kes varian omicron covid-19 mula dilihat dengan pengurangan kemasukan pesakit kategori 4 dan 5 ke hospital serta kurang kes kematian berbanding dengan varian delta dulu pic.twitter.com/CPmX8OO5W2

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 20, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Artikel asal di Sinar Harian
#Omicron #COVID-19 #Ketua Pengarah Kesihatan #Dr Noor Hisham Abdullah #Delta