KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik terhadap Khoo Poay Tiong dan DAP selesai, apabila Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP dan parti itu hari ini memohon maaf kepada bekas Ketua Menteri Melaka berhubung penerbitan beberapa artikel mengaitkannya dengan pelbagai skandal.
Khoo yang turut mewakili DAP membacakan kenyataan permohonan maaf di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Dr John Lee Kien How @ Mohammad Johan Lee berkata artikel-artikel tersebut adalah tidak berasas serta tidak benar dan adalah fitnah terhadap Abdul Rahim dan keluarganya.
"Kami dengan ini memohon maaf dan menyatakan kekesalan kami atas sebarang kesusahan dan penghinaan kepada Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan keluarganya akibat daripada penerbitan artikel-artikel tersebut.
"Kami telah memadamkan artikel-artikel itu dan berjanji tidak akan menerbitkan sebarang artikel yang mengandungi alegasi-alegasi ini (dakwaan) atau serupa terhadap Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik," katanya.
Mahkamah kemudian merekodkan penghakiman persetujuan itu dengan kos RM180,000 dibayar kepada Abdul Rahim.
Prosiding perbicaraan kes saman itu sepatutnya berlangsung hari ini hingga Khamis, namun pihak-pihak bersetuju untuk menyelesaikannya melalui penghakiman persetujuan.
Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin mewakili Abdul Rahim manakala Ramkarpal Singh mewakili Khoo dan DAP.
Selain Khoo, Abdul Rahim turut menamakan Pengerusi Kebangsaan DAP Tan Kok Wai, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Gobind Singh Deo dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ketika itu, sebagai defendan kedua hingga keempat yang disaman sebagai pemegang jawatan dalam parti.
Pada 17 September 2020, Abdul Rahim mendakwa pada 16 Disember 2018, Khoo yang juga Ahli Parlimen Kota Melaka ketika itu, telah menulis, menerbit atau menyebabkan untuk diterbitkan artikel-artikel mengandungi perkataan fitnah yang mengaitkan beliau di laman Facebook milik defendan pertama (Khoo), laman sesawang DAP www.dapmalaysia.org dan portal berita www.thestar.com.my.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 05 2022
"Kami dengan ini memohon maaf dan menyatakan kekesalan kami atas sebarang kesusahan dan penghinaan kepada Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan keluarganya akibat daripada penerbitan artikel-artikel tersebut." - Khoo Poay Tiong
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Laporan interim berhubung insiden helikopter TLDM yang terhempas dan mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya akan siap dalam tempoh 2 minggu.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
Bicara kes saman bekas menteri terhadap Aliff Syukri bermula 2026
Mahkamah Tinggi menetapkan tiga hari bermula 6 Jan 2026 untuk perbicaraan kes saman difailkan Abdul Kadir Sheikh Fadzir, terhadap Aliff Syukri.
Kes saman fitnah: Na'im akan fail penghakiman ingkar terhadap Papagomo
Mohd Na'im akan memfailkan permohonan untuk memasukkan penghakiman ingkar terhadap blogger Papagomo dalam kes saman fitnah.
Kes saman KJ terhadap Jamal Yunos diteruskan
Kes saman fitnah bekas Khairy Jamaluddin terhadap Datuk Seri Jamal Md Yunos, berhubung satu kenyataan media ketika PAU 2022 akan diteruskan di Mahkamah Tinggi pada Selasa.
Kamarul Zaman tarik balik saman fitnah terhadap Hannah Yeoh
Pensyarah Universiti Utara Malaysia Kamarul Zaman Yusoff telah menarik balik saman fitnah yang difailkan beliau terhadap Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Saman fitnah: Mahfuz diperintah bayar RM250,000 kepada Sanusi
Mahkamah Tinggi Alor Setar perintah Mahfuz Omar bayar ganti rugi RM250,000 bagi saman fitnah terhadap Menteri Besar Kedah.
Abdul Wahab saman Che'gubard, tuntut RM5 juta
Abdul Wahab menuntut ganti rugi RM5 juta daripada Chegubard atas dakwaan memfitnah berhubung penyebaran sebuah video.
Menang saman fitnah, Shuib salur wang ke tabung Palestin
SELEBRITI dan usahawan terkenal, Shuib menang saman fitnah terhadap pengguna media sosial, John Dihani atau nama sebenarnya Md Johan Dihani Mohd Zaidi.
Apandi fail kebenaran merayu berhubung keputusan mahkamah tolak saman terhadap Kit Siang
Mohamed Apandi telah memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi meneruskan rayuannya di Mahkamah Persekutuan.
Siti Nordiana tarik balik saman RM2.5 juta, bermaafan atas dasar persahabatan
KEMELUT dua tahun yang berlaku di antara penyanyi Siti Nordiana bersama lima sekawan berakhir secara baik pada Selasa.
Beberapa artis jauhkan diri kerana fitnah di IG - Siti Nordiana
Siti Nordiana memberitahu Mahkamah Tinggi beberapa artis menjauhkan diri daripadanya, selepas kenyataan fitnah dibuat terhadapnya.