KUALA LUMPUR: Remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Bella, akan menyambung keterangannya esok di Mahkamah Sesyen di sini dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiayanya, tahun lepas.
Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas memberitahu pemberita, ini kerana pihak pembelaan masih belum selesai melakukan pemeriksaan balas terhadap saksi pendakwaan ke-18 itu.
Bella, yang tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira 9 pagi, mula memberi keterangan secara tertutup pada 10.30 pagi dan selesai 4.15 petang tadi.
Pada sesi pagi, Zilfinaz memberitahu Hakim Izralizam Sanusi bahawa perbicaraan kes itu dijalankan secara tertutup kerana Bella adalah mangsa dan merupakan saksi kanak-kanak yang keterangannya tidak boleh dilaporkan oleh media dan mana-mana pihak.
Sementara itu, peguam pemerhati dilantik Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam kes Bella menerusi kenyataan hari ini, berpuas hati dengan proses pengemukaan saksi (Bella) dan berharap keterangan itu dapat membantu mahkamah dalam memastikan keadilan ditegakkan menurut ruang lingkup undang-undang.
BACA: Bella hadir beri keterangan secara tertutup
"Prosiding pagi tadi dimulakan dengan pemeriksaan bilik lokasi di mana Bella memberi keterangan yang dilengkapi sistem rangkaian lengkap dalam mahkamah tertutup.
"Hal ini penting bagi mengelakkan apa-apa gangguan dan rasa ketidakselesaan kepada kanak-kanak terbabit," menurut kenyataan itu.
Pasukan peguam pemerhati itu terdiri daripada Datuk Dr Baljit Singh Sidhu, Datuk Khairul Anwar Rahmat, Mohd Radzi Yatiman dan Datuk Ikbal Salam.
Siti Bainun, 30, berdepan dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi antara Februari dan Jun 2021 di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 22 2022
Bella yang tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira 9 pagi, mula memberi keterangan secara tertutup pada 10.30 pagi dan selesai 4.15 petang tadi.- Foto BERNAMA
Kandungan mudarat di media sosial meningkat ketara - SKMM
Kandungan memudaratkan itu termasuklah ucapan berbaur kebencian, scam, penjualan haram, perjudian dan berita palsu.
Data & statistik: Indeks harga pengeluar Malaysia meningkat 0.3% daripada -0.6%
Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin menjelaskan, pada asas bulanan, IHPR Pengeluaran Tempatan meningkat 0.7 peratus selepas penurunan 0.1 peratus pada bulan lepas.
Cukai ditangguh, MOF belum bentang RUU
Di sebalik keinginan masyarakat perniagaan untuk mendapatkan butiran mengenai Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT), Kementerian Kewangan (MOF) tidak memperkenalkan rang undang-undang HVGT dalam sidang Parlimen semasa seperti yang dirancang pada asalnya.
Kisah Ramadan Tengku Zafrul: ‘Ride’ tengah malam dan moreh di Kampung Baru
Kesibukan sebagai menteri tidak halang Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu luang masa dengan rakan-rakannya.
AWANI Pagi: Mengurus tenaga pada bulan Ramadan
Cuaca panas ketika Ramadan adakalanya menyebabkan penggunaan tenaga pada tahap tinggi. Ketahui tips-tips menguruskan tenaga pada bulan Ramadan, bersama Kamal Arifin A. Rahman, Ketua Pegawai Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB).
#AWANIPagi #AWANInews
#AWANIPagi #AWANInews
Bomba pujuk lelaki kurang siuman baring atas bumbung rumah
Mangsa berjaya dibawa turun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [29 Mac 2024]
Suami artis Indonesia Sandra Dewi ditangkap kes rasuah
Netizen ungkit kisah perkahwinan Sandra Dewi dan suuami di Disneyland serta hadiahkan anak jet peribadi.
Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya diselamatkan tentera
Tentera Nigeria telah menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu.
Burung unta 'kesunyian' nekad larikan diri
Haiwan digelar Tadori itu bagaimanapun berjaya ditangkap dan dihantar semula ke taman ekologi selepas berkeliaran selama hampir sejam.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella 24 April
Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menetapkan 24 April depan untuk keputusan rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali terhadap sabitan bersalah.
Tulang paha, betis dan keting dipercayai milik Bella perlu diurus dengan cermat - Mufti
Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad berkata, tulang manusia yang ditemui selepas jenazah dikebumikan wajib dimandi dan dikafan sebelum dikebumikan.
Kes bunuh Bella: Mahkamah tetapkan 11 Mac untuk laporan forensik
Difahamkan, laporan forensik berkenaan penting bagi pihak pendakwaraya memohon agar kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Muar.
Agensi kebajikan diharap bantu ringankan beban keluarga Bella
Agensi dan badan-badan kebajikan diharap dapat membantu meringankan beban keluarga mangsa bunuh, Mila Sharmilah Samsusah atau dikenali sebagai Bella.
Jenazah Bella selamat dikebumikan
Jenazah Bella sebelum itu disolatkan di Masjid Datuk Bentara berhampiran kampung halamannya.
Kakak Bella gagal kawal emosi sebaik lihat wajah tertuduh
Kakak kepada Mila Sharmila Samsusah atau Bella, Norhisham, 36, tidak dapat mengawal emosi sebaik suspek utama dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.
Cemburu dipercayai motif pembunuhan Bella - KPN
Hasil siasatan punca mendapati kematian Bella adalah retakan di kepala, dipercayai akibat hentakan objek.
Bekas posmen didakwa bunuh Bella
Lelaki berkenaan didakwa membunuh mangsa yang ketika kejadian berusia 32 tahun.
Suspek kes Bella didakwa pagi ini
Suspek utama kes kehilangan ibu tunggal anak dua berumur 32 tahun itu dijangka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Cebisan kain berhampiran rangka mungkin milik Bella - Kakak
Kakak kepada Bella, Norisham, 36 berkata, ketika adiknya itu keluar dari rumah pada 14 Disember lalu, dia mengenakan baju kelawar berwarna gelap.