Kes SRC: Sithambaran petik undang-undang kes libatkan beberapa pemimpin dalam hujah

Fareez Azman
Julai 28, 2020 09:39 MYT
Najib dikawal ketat ketika beliau tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur awal pagi Selasa. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Timbalan Pendakwa Raya ad-hoc, Datuk V Sithambaran dalam hujahnya memetik beberapa contoh kes beberapa pemimpin sebelum ini termasuk bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo.
"Ahli politik banyak memberi sumbangan untuk mempelajari hukum perundangan kita," kata Sithambaran, sambil tertawa kecil.
Dalam hujahnya, Sithambaran turut menjelaskan bahawa sebagai penjawat awam, individu berkenaan seharusnya menjadi teladan kepada rakyat.
Hukuman tegas diperlukan terhadap amalan rasuah kerana individu itu memegang jawatan eksekutif paling kanan di dalam negara suatu masa dahulu.
FOTO: KES SRC: SUASANA SEKITAR MAHKAMAH KUALA LUMPUR
BACA: LAPOR LANGSUNG - NAJIB BERSALAH ATAS TUJUH PERTUDUHAN
Sithambaran turut mengatakan dalam kes SRC International, tertuduh (Datuk Seri Najib Razak) sebagai pengarah bayangan tidak menunjukkan pertimbangan sebelum melakukan perbuatan rasuah.
"Prinsip pencegahan harus besar - bahawa kesalahan tersebut tidak boleh ditoleransi," tambah Sithambaran.
#1MDB #Khir Toyo #Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur #menteri #Najib Razak #pengubahan wang haram #politik #rakyat #Rasuah #salah guna kuasa #SRC International #undang-undang