KUALA LUMPUR: Tiga rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di sebuah hotel di Bukit Bintang, pada minggu lepas.
T. Muniswaran, 49; S. Katharavello, 52; dan Mohd Zulbihar Ali Khan Kamaldin, 48, didakwa bersama-sama membunuh S. Prabah, 49, di sebuah bilik di Hotel Capitol, Jalan Bulan, Off Jalan Bukit Bintang di sini, pukul 6.05 petang hingga 6.40 petang pada 3 Mei lepas.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Ketiga-tiga mereka mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wong Chai Sia dan tiada pengakuan direkodkan daripada mereka kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
BACA: Kes tembak di Bukit Bintang: Dua suspek ditahan
Mahkamah menetapkan 13 Julai ini untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Phulrani Kaur, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.
Media sebelum ini melaporkan mangsa ditemukan maut dengan kesan tembakan di dahi dalam kejadian di sebuah bilik hotel di Bukit Bintang sejam selepas dia mendaftar masuk.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 13 2022
Tiga rakan T. Muniswaran, S. Katharavello dan Mohd Zulbihar Ali Khan Kamaldin dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di sebuah hotel di Bukit Bintang. - Foto BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
2 terbunuh, 2 cedera selepas tembakan di New Orleans
Dua terbunuh manakala dua lagi cedera dalam kejadian tembakan di New Orleans, bandar terbesar di negeri Louisiana, Amerika Syarikat.
4 maut, 1 cedera dalam insiden tembakan di Georgia
Seramai empat orang terbunuh manakala seorang lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah bandar Georgia berhampiran ibu negara Tbilisi pada Jumaat.
7 maut dalam insiden tembakan di AS, suspek bersenjata diburu
Polis Illinois sedang mengesan seorang suspek yang dipercayai menembak mati tujuh individu di dua buah rumah di bandar Joliet.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
3 kanak-kanak antara 5 maut dalam insiden tembakan di Kanada
Lima orang, termasuk tiga kanak-kanak maut dalam kejadian tembakan di Kanada.
Anggota polis maut serangan di gereja Kosovo
Presiden Serbia Aleksandar Vucic mengesahkan, tiga mangsa lain merupakan warganegara Kosovo Serb.
Sekurang-kurangnya empat maut dalam insiden tembakan di sebuah bar di AS
Sekurang-kurangnya empat orang maut dalam kejadian tembakan di sebuah bar di negeri California di Amerika Syarikat pada Rabu.
3 maut, 6 cedera dalam kejadian tembakan di Seattle
Seramai tiga orang terbunuh manakala enam lagi cedera dalam insiden tembakan di Seattle Selatan, Washington.
2 maut, 3 cedera dalam insiden tembakan di Filipina
Dua orang terbunuh manakala tiga lagi cedera, termasuk dua pegawai polis apabila dua lelaki bersenjata melepaskan tembakan ketika melalui sekatan polis di Manila.
Polis jejaki lelaki lepaskan tembakan di kawasan perumahan Kuala Gula
Polis sedang menjejaki seorang lelaki tidak dikenali, yang dipercayai melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah rumah di kawasan perumahan Kuala Gula.