KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini bahawa beliau cuba mendapatkan semula RM19 juta yang diberikan kepada orang tengah, yang didakwa rapat dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menghentikan siasatan ke atas projek terowong bawah laut Pulau Pinang yang kontroversi.
Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB) Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, 62, berkata beliau menghantar surat tuntutan (LOD) kepada orang tengah yang dikenali sebagai G. Gnanaraja itu melalui peguamnya daripada Tetuan Shahrul Hamidi & Haziq untuk mendapatkan semula wangnya.
"Saya tidak ingat perkataan yang tepat (dalam LOD). Intipati LOD ialah saya mahu balik RM19 juta saya," katanya ketika disoal peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Lim Guan Eng, sama ada beliau sedar perkataan 'dipegang atas amanah' ditulis dalam LOD.
Gobind: Untuk mendapatkan kembali wang anda, anda mesti menjelaskan mengapa ia ada dengannya (Gnanaraja). Anda mengarahkan peguam anda menghantar LOD. Dalam LOD tertulis wang itu 'dipegang atas amanah'.
Zarul: Saya beri wang itu kepada Gnanaraja, kononnya untuk diberikan kepada perdana menteri. Anda (Gobind) kena tanya peguam saya. Saya hanya memberitahu peguam saya untuk mendapatkan balik wang saya. Saya tidak tahu bagaimana peguam saya menyatakan dalam LOD.
Menjawab soalan lain, saksi pendakwaan ke-23 itu berkata beliau tidak tahu mengenai siasatan kedua terhadap Gnanaraja, yang menafikan dia menipu Zarul sebanyak RM19 juta.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan tidak dapat mengemukakan mesej WhatsApp antara saksi dan Gnanaraja, seperti yang diminta oleh pihak pembelaan kerana kertas siasatan berhubung kes Gnanaraja telah dicarik.
Gobind kemudian meminta telefon yang mengandungi mesej WhatsApp itu dibuka di mahkamah.
Hakim Azura Alwi membenarkan permohonan peguam itu dan berkata mahkamah akan menetapkan tarikh kemudian untuk menghubungi pasukan forensik bagi membuka telefon semasa prosiding.
Prosiding hari ini disingkatkan selepas saksi mengadu tidak sihat kerana mengalami tekanan darah tinggi, denyutan jantung yang laju dan diminta oleh doktornya supaya berjumpa pakar kerana keadaannya itu.
Perbicaraan bersambung esok.
Lim, 61, berdepan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad bagi mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702.
Lim didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu, sebagai penghargaan mendapatkan projek tersebut.
Perbuatan itu didakwa dilakukan berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini pada Mac 2011.
Lim, juga berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 09 2022
Lim berdepan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702. - Gambar fail
'OIC, UNSC dah tak berguna!' - Pakar tidak tolak kemungkinan Israel serang negara sekutu Iran
Salawati berpandangan tidak mustahil untuk Israel menyerang negara berjiran Iran dengan tanggapan mereka sekutu yang bersekongkol dengan negara itu.
Kampit beras dibuang: SWCorp tutup sementara tapak pelupusan sampah
Penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk penyedia tapak pelupusan dan pihak yang membuang sampah di lokasi tersebut.
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
Rasuah kes terowong: Pembelaan dapat kebenaran mula prosiding cabar kredibiliti saksi utama
Mahkamah Sesyen memberi kebenaran kepada pihak pembelaan untuk memulakan prosiding mencabar kredibiliti seorang saksi utama pendakwaan dalam kes rasuah terowong dasar laut.
Kes terowong dasar laut: 'Saya minta balik RM19 juta' - Saksi
Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd beritahu mahkamah beliau cuba mendapatkan semula RM19 juta yang diberikan kepada orang tengah, yang didakwa rapat dengan Najib.