Dua kes keracunan kerang-kerangan paralitik (PSP) dilaporkan di Labuan berikutan fenomena air pasang merah di perairan pulau berkenaan, sejak awal bulan ini.

Pengarah Kesihatan Labuan Dr Ismail Ali berkata dua nelayan tempatan di Sungai Miri di sini disahkan mempunyai gejala PSP dan telah dirawat sebagai pesakit luar pada Khamis.

"Mereka telah disahkan mempunyai simptom berkenaan selepas makan makanan laut dan dinasihatkan supaya segera melaporkan kepada hospital jika simpton berkenaan berterusan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata gejala awal termasuk kesemutan bibir dan sakit kepala yang teruk dan boleh menyebabkan lumpuh pada dada pesakit dan otot perut yang boleh menyebabkan kematian dalam tempoh dua hingga 23 jam.

Beliau berkata penduduk kampung yang tinggal berhampiran kawasan pantai mesti mengelak daripada memakan sebarang jenis kerang-kerangan atau plakton berinjap dua segera.

Air pasang merah dinamakan selepas warna kemerahan yang dihasilkan plankton bertoksin dan hidupan laut tertentu yang memakan plankton yang tercemar sekali gus menyebabkan kematian di Sabah pada awal 1980-an.