Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Sembilan Mohd Khairi Zainuddin, 45, meninggal dunia petang tadi dipercayai akibat serangan angin ahmar ketika membuat lawatan ke sebuah sekolah agama di sini.
Ketua Penerangan PAS Negeri Abdul Karim Shahimi Abdul Razak ketika mengesahkan perkara itu berkata arwah meninggal dunia pada pukul 4.29 petang di sebuah klinik di Nilai.
"Arwah dikatakan tiba-tiba jatuh ketika sedang membuat tinjauan. Ini merupakan kali kedua arwah diserang angin ahmar dan terus menghembuskan nafas terakhir," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Mohd Khairi yang memegang jawatan Ketua Dewan Ulama sejak 2011, meninggalkan seorang balu dan empat orang anak.
Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Makam Tuan Hj Said di sini, 9 pagi esok, kata Abdul Karim Shahimi.
Mohd Khairi berasal dari Jempol dan merupakan pengasas Sekolah Rendah Islam Integrasi Darul Ulum di Ampangan.
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.
"Ianya satu kehilangan besar bagi parti. Kehilangan yang sangat dirasai oleh parti atas jasa dan pengorbanan beliau termasuk dalam bidang pendidikan," kata Tuan Ibrahim. -- Bernama
Bernama
Tue Dec 20 2016
Allahyarham Mohd Khairi yang memegang jawatan Ketua Dewan Ulama sejak 2011, meninggalkan seorang balu dan empat orang anak. - Foto Bernama
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Anwar sampai sumbangan kepada bekas Ahli Parlimen Raub
Sumbangan bagi meringankan beban kos rawatan itu disampaikan menerusi Setiausaha Politiknya Ahmad Farhan Fauzi.
Keputusan SPM 6A, pelajar hidap angin ahmar ingin jadi guru
Siti Nur Amalin memilih untuk mengulang kaji pelajaran secara bersendirian selain membuat latihan dan sentiasa fokus ketika guru mengajar.
Anwar hulur bantuan kepada keluarga Pak Amjal aktivis awal reformasi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan bantuan kepada isteri aktivis awal reformasi Jalaluddin Ab Manaf yang menghidap penyakit angin ahmar.
PM Anwar sampaikan sumbangan kepada Sarimah Ahmad, Dharma Harun
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi hari ini menziarahi seniwati Datuk Sarimah Ahmad dan seniman Dharma Harun Al-Rashid.
70 peratus daripada 881 individu hilang upaya, kembali memandu
Program Rehabilitasi Memandu dan Menunggang Motosikal atau Return to Drive membimbing mereka yang berdepan cabaran upaya dan kesihatan.
Perit bergelandangan, komposer Ross Ariffin rindu lagu diputarkan
Komposer Ross Ariffin akui rindu untuk kembali ke zaman kegemilangan itu selepas hampir empat tahun hidup sebagai gelandangan.
Lakukan saringan penyakit kardiovaskular seawal 30-an, elak komplikasi kekal
Ujian saringan penyakit kardiovaskular perlu dijalankan seawal usia 30-an, mengambil kira kadar kelaziman kes penyakit tiga serangkai kini, semakin meningkat pada usia muda.
Agong, Permaisuri doa kesembuhan penyampai berita Raymond Goh
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mendoakan penyampai berita TV3 Raymond Goh dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesembuhan serta keafiatan segera.
Golongan muda perlu ambil langkah proaktif cegah strok
Strok berlaku dalam satu daripada dua cara, arteri yang disekat (strok iskemia) atau arteri pecah (strok pendarahan).
Pengarah filem Azhari Zain meninggal dunia, dikebumikan di Klang hari ini
Pengarah filem Prof Azhari Zain menghembuskan nafas terakhir pukul 12.05 tengah malam semalam selepas sembilan bulan terlantar akibat serangan angin ahmar.