Ketua-ketua UMNO Bahagian seluruh negara mengisytiharkan deklarasi memberi sokongan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri untuk terus memimpin negara.
Deklarasi Ketua-Ketua UMNO Bahagian Seluruh Malaysia itu disokong oleh 147 daripada 191 Ketua UMNO Bahagian hadir menandatanginya pada satu mesyuarat tertutup di sini hari ini.
Wakil Ketua-ketua UMNO Bahagian seluruh Malaysia, Datuk Mohd Yusof Kassim dalam sidang media, selepas mesyuarat itu, berkata deklarasi itu merupakan satu ketetapan dan kesepakatan Ketua UMNO Bahagian berhubung isu "Deklarasi Mahathir' 4 Mac lepas.
BACA: Tun M, pemimpin pembangkang tandatangani 'Deklarasi Rakyat' desak Najib letak jawatan
Mohd Yusof, yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Gajah, turut membacakan deklarasi tersebut yang keseluruhannya mengandungi lapan perkara termasuk menyatakan ikrar sokongan padu tidak berbelah bahagi kepada Najib sebagai Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional (BN) serta Perdana Menteri.
Katanya, Ketua-ketua UMNO Bahagian juga bersepakat, mengutuk sekeras-kerasnya dan amat kesal dan kecewa dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai mantan presiden UMNO yang sanggup bersekongkol dengan pembangkang serta mengepalai deklarasinya bersama pembangkang itu.
"Kami mendesak kerajaan bertindak tegas, menguatkuasakan segala peruntukan undang-undang, terhadap mana-mana pihak yang menggugat sistem pemerintahan negara.
"Kami Ketua-ketua UMNO Bahagian mendesak kerajaan dan Polis Diraja Malaysia, bertindak tegas dan menghalang segala 'road show' (jerayawara) dan perhimpunan haram, yang bakal dianjurkan oleh mana-mana pihak khususnya pembangkang, bagi tujuan meracuni dan menghasut pemikiran rakyat dan apa-apa usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri secara tidak demokratik," katanya.
Katanya, Ketua-ketua UMNO Bahagian juga mendesak kerajaan agar menamatkan serta merta segala perjawatan yang dipegang oleh mana-mana pemimpin atau bekas pemimpin UMNO dan BN dalam kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC), yang terlibat dengan "Deklarasi Mahathir" itu.
Katanya, Ketua-ketua UMNO Bahagian mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan segelintir pemimpin UMNO yang masih memegang jawatan, khususnya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang bersekongkol dan bersubahat dengan agenda pembangkang untuk menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri yang dipilih secara demokrasi.
"Kami mendesak Majlis Tertinggi UMNO dan Lembaga Disiplin UMNO, mengambil tindakan disiplin yang tegas terhadap ahli-ahli UMNO yang terlibat dengan 'Deklarasi Mahathir' dan bersekongkol dengan pembangkang," katanya.
Selain itu, Ketua-Ketua UMNO Bahagian berikrar dan berjanji akan berusaha keras memelihara kerukunan dan keharmonian rakyat pelbagai bangsa dan agama, memimpin rakyat Malaysia di kawasan masing-masing.
Sementara itu, Ketua UMNOBahagianSubang, Datuk Zein Isma Ismail berkata semua ketua bahagian yang hadir dan tidak hadir menyokong deklarasi tersebut, kecuali tiga bahagian iaitu Pagoh, Jerlun dan Semporna.
"Yang jelas tak menyokong adalah Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Muhyiddin, Ketua Umno Bahagian Jerlun, Mukhriz Mahathir dan Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
"Adik Shafie iaitu Ketua UMNOBahagian Silam, Datuk Yusof Apdal dan Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya, Datuk Yusoff HM Haniff, bekas pegawai kepada Muhyiddin juga turut hadir memberikan sokongan kepada deklarasi ini," katanya.
Zein Isma berkata mesyuarat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selama sejam itu adalah untuk membincangkan dan mempersetujui deklarasi itu.
Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Jailani Johari, yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia serta Ketua UMNO Bahagian Sri Gading, Datuk Ab Aziz Kaprawi, yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan.
Bernama
Sat Mar 12 2016
Deklarasi Ketua-Ketua UMNO Bahagian Seluruh Malaysia itu disokong oleh 147 daripada 191 Ketua UMNO Bahagian hadir menandatanginya pada satu mesyuarat tertutup di sini hari ini. - Gambar Bernama
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Ketua-ketua UMNO seluruh negara kemuka deklarasi sokong Najib
Deklarasi Ketua-Ketua UMNO Bahagian Seluruh Malaysia itu disokong oleh 147 daripada 191 Ketua UMNO Bahagian hadir menandatanginya pada satu mesyuarat tertutup di sini hari ini.