Ketua Menteri P. Pinang kuarantin di rumah selepas pegawai positif COVID-19

Bernama
Julai 25, 2021 07:57 MYT
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow akan menjalani kuarantin di rumah selepas seorang pegawai pengiringnya disahkan positif COVID-19. - Gambar fail
GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow akan menjalani kuarantin di rumah selepas seorang pegawai pengiringnya disahkan positif COVID-19.
Dalam satu kenyataan hari ini, Chow berkata keputusan saringan Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) beliau yang dijalankan pada Jumaat lalu menunjukkan keputusan negatif.
"Justeru, saya telah diarahkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) untuk menjalani kuarantin di rumah mulai sekarang.
"Saya perlu menjalani satu lagi ujian saringan pada hari Rabu, 28 Julai ini," katanya.
-- BERNAMA
#Ketua Menteri #pulau pinang #Chow Kon Yeow #kuarantin di rumah #pegawai pengiring #positif #COVID-19 #rT-PCR