WASHINGTON:Ketua turus Naib Presiden Amerika Syarikat Mike Pence disahkan positif COVID-19.

Laporan itu menjadikannya kes terbaharu COVID-19 melibatkan senarai individu yang mempunyai kaitan dengan Presiden Donald Trump.

Jurucakap Pence, Devin O’malley dalam satu kenyataan berkata Marc Short sudah memulakan kuarantin dan membantu dalam proses pengesanan kontak rapat.

Ia turut menyebut Pence dan isterinya didapati negatif COVID-19.

Pence yang berkempen menjelang pilihan raya pada 3 November ini bertegas mahu meneruskan program dalam jadualnya setelah berunding dengan pegawai kesihatan White House.

Senarai kontak rapat dengan White House yang dijangkiti virus itu termasuk Presiden Trump telah dimasukkan ke hospital untuk pemerhatian lanjut.

Joe Biden, saingan beliau dari Demokrat, berulang kali mengkritik Trump berhubung sikap beliau ketika menangani krisis kesihatan di Amerika Syarikat.

Lonjakan kes COVID-19 menyebabkan Amerika Syarikat mencatatkan jumlah rekod jangkitan harian dengan angka hampir 89,000 kes baharu.

Covid-19 kini meragut lebih dari 224,000 nyawa warga AS.