KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata beliau mencadangkan penyediaan satu kertas putih Kementerian Kesihatan (KKM), bagi membolehkan reformasi sistem kesihatan negara dapat dibuat terutama dalam memastikan ia kalis masa depan.
Jelasnya perkara itu telah disuarakan kepada Bahagian Perancangan KKM untuk dibentangkan di Parlimen bagi mendapatkan sokongan bipartisan, sama ada wakil rakyat daripada kerajaan ataupun daripada pembangkang.
"Saya cadangkan sebagai strategi pelaksanaan adalah penubuhan Suruhanjaya Reformasi Kesihatan yang boleh bertanggungjawab kepada Parlimen, dan Suruhanjaya Reformasi Kesihatan ini adalah badan pelaksana kepada segala perubahan dan reformasi yang telah pun dipersetujui bersama, dalam Kertas Putih.
"Ini bagi memastikan apabila Menteri baharu datang, tidak akan ada apa-apa perubahan, sebab KKM dan Menteri fokus kepada dasar dan pelaksanaan dasar," katanya pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 di Dewan Serbaguna KKM di Putrajaya, dua hari lepas (13 Jan).
Mengulas lanjut, Khairy berkata sistem kesihatan negara perlu dipastikan kalis masa depan, dengan memastikan segala keperluan kesihatan awam dipenuhi menerusi peruntukan sewajarnya dan mencukupi kepada KKM.
Jelasnya peruntukan mencukupi untuk KKM menerusi belanjawan negara adalah amat penting, dalam memastikan negara bersedia dalam menghadapi sebarang situasi luar jangka dan beban rawatan dalam jangka panjang.
"Kita perlu membina kes bahawa penjagan kesihatan memerlukan lebih banyak peruntukan. Selalunya kita akan hantar keperluan kita kepada Perbendaharaan namun kita perlu mengambil peluang, di mana negara berhutang kepada sistem kesihatan awam negara. Sekali dalam generasi ini peluang untuk kita minta apa sepatutnya, selayaknya diberikan kepada KKM," katanya.
Jelasnya reformasi dalam sistem kesihatan negara juga tidak seharusnya hanya tertumpu kepada aspek peruntukan secukupnya, tapi juga melibatkan pembiayaan penjagaan kesihatan dengan memikirkan bagaimana beban kesihatan ini boleh dikongsi bersama dengan rakyat.
"Apakah kita masih akan mengamalkan sistem subsidi untuk semua tanpa mengira pendapatan, ataupun kita akan beralih kepada satu sistem di mana mereka yang mampu bayar, boleh bayar lebih sedikit daripada apa yang mereka bayar sekarang," katanya.
Dari segi teknologi, Khairy ingin melihat hospital awam pertama dengan 5G di Malaysia akan menjadi rujukan kepada hospital-hospital di kawasan luar bandar yang juga boleh menggunakan 5G bagi melaksanakan prosedur-prosedur yang selama ini tidak boleh digunakan kerana ketiadaan teknologi 5G.
"Saya mahu supaya hospital dan kemudahan-kemudahan kita lebih mesra alam sekitar menggunakan teknologi hijau. Banyak bangunan baharu kita telah memenangi indeks bangunan hijau dan sebagainya, tetapi kita perlu sebagai sebuah kementerian, kita perlu komited untuk lebih lestari," katanya.
Menyentuh aspek industri perubatan tempatan, Khairy berkata KKM juga seharusnya terlibat dalam pembangunan industri berkenaan secara menyeluruh dan jelas, yang melibatkan farmaseutikal, peralatan dan pelancongan kesihatan.
"Manakala dari segi kajian dan penyelidikan. Saya mahu NIH (Institut Kesihatan Negara) menjadi pusat kecemerlangan antarabangsa, di mana bukan hanya kajian-kajian yang dihasilkan boleh diguna pakai di Malaysia, tetapi menjadi rujukan kepada negara-negara lain.
"Saya juga ingin memberi fokus kepada TCM (Perubatan Tradisional dan Komplementari) dari segi penyelidikan. TCM adalah satu perkara yang dekat dengan hati masyarakat kita. Tetapi perlu lebih diarusperdanakan di peringkat antarabangsa," katanya.
Berhubung aspek keantarabangsaan KKM pada masa hadapan, beliau mahu memperkukuhkan lagi peranan Malaysia di peringkat antarabangsa, terutamanya mengambil pengajaran daripada pandemik COVID-19 dan kepentingan rangkaian antarabangsa untuk mempelajari kaedah baharu bagi mengurus pandemik dan kesihatan awam.
"Kami mahu pinjamkan lebih ramai pegawai kita ke organisasi antarabangsa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 15 2022
Menurut Khairy perkara itu telah disuarakan kepada Bahagian Perancangan KKM untuk dibentangkan di Parlimen bagi mendapatkan sokongan bipartisan. - Gambar fail
Pantau Belanjawan: SMEs, local businesses' Industry 4.0 transformative journey
According to MITI in 2018, less than 21% of SMEs implemented this 4IR. Join Chan Leong, the CEO & Founder of Skribble, exploring the realignments and leverages of the adoption of Industry 4.0 among SMEs and local businesses.
Sindiket jual kad ATM tumpas, 2 pegawai bank antara 16 ditahan
Polis Selangor berjaya menumpaskan sindiket penjualan kad mesin juruwang automatik (ATM) untuk dijadikan keldai akaun dengan penahanan 16 individu termasuk dua pegawai bank.
Pintas Utama serah zakat perniagaan RM3 juta kepada Lembaga Zakat Selangor
Sultan Selangor berkenan mewakili Lembaga Zakat Selangor menerima serahan zakat perniagaan berjumlah RM3 juta.
Ibu didakwa aniaya anak lelaki hingga cedera
Seorang ibu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya anak lelakinya berusia sembilan tahun.
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
AWANI Ringkas: Kandungan mudarat di media sosial meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Xiaomi lancar kereta elektrik Xiaomi SU7, harga bermula RM141,500
Xiaomi semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
Kes saman KJ terhadap Jamal Yunos diteruskan
Kes saman fitnah bekas Khairy Jamaluddin terhadap Datuk Seri Jamal Md Yunos, berhubung satu kenyataan media ketika PAU 2022 akan diteruskan di Mahkamah Tinggi pada Selasa.
Selepas DJ, Khairy jadi model pula
KJ kini menjadi model untuk sebuah produk minuman tempatan dan baju Melayu untuk sebuah syarikat pengeluar pakaian raya terkemuka.
Pempengaruh diingatkan hati-hati kendali podcast - Fahmi
Kerajaan akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa serta meneliti sebarang tindakan sekiranya perlu terhadap mereka yang membuat kandungan kurang membina.
‘On a serious note? Habis tadi tu tak serius?’... Rafidah minta KJ, Shahril 'tebalkan telinga'
KJ, Shahril sampai terkedu dengan jawapan 'savage' Tan Sri Rafidah. Ikuti kompilasi menarik dari podcast #KeluarSekejap episod ke-79 ini...
Akta Parlimen Berpenggal tidak demokratik - Khairy
Khairy berkata, cadangan Ahmad Zahid tidak demokratik tetapi jika ia usul seperti yang berlaku di UK, perkara itu boleh diperbincangkan.
Ganja dalam perubatan: Khairy serah kepada Menteri Kesihatan baharu
Keputusan sama ada penggunaan ganja dalam perubatan diteruskan atau tidak, diserahkan kepada Menteri Kesihatan yang baharu dilantik Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
COVID-19: Kes baharu cecah paras tertinggi tahunan, KJ dan Kian Ming saran lima langkah
Kes baharu cecah paras tertinggi tahunan iaitu 29,129 kes pada 11 Disember 2023, satu trend yang turut disaksikan di peringkat serantau dan global.
KL PodFest 2024, pesta audio siar pertama Malaysia diadakan pada Februari
Saluran podcast Keluar Sekejap (KS) akan menganjurkan pesta audio siar pertama di Malaysia, KL PodFest 2024 selama dua hari pada 3 dan 4 Februari tahun depan.
Antara saya dan Tun M sudah selesai - Khairy
Khairy juga bersetuju dengan permintaan Dr Mahathir bahawa tiada keperluan untuk isu antara mereka dipanjangkan lagi.
Pendedahan hanya buktikan Tun Dr Mahathir tidak ikhlas bekerjasama dengan DAP - Loke
Pengakuan Tun Mahathir bahawa beliau hanya mempergunakan DAP untuk menjatuhkan Najib, membuktikan beliau tidak pernah ikhlas bekerjasama dengan parti itu.