Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan usaha untuk mendekati anak muda bukan hanya terletak pada bahu Pemuda UMNO sebaliknya ia adalah tugas UMNO secara keseluruhan.
Khairy berkata generasi muda hari ini tidak hanya melihat kewibawaan Pemuda UMNO semata-mata sebaliknya akan menilai UMNO secara keseluruhan sebelum memberikan sokongan.
"Untuk kita menang hati atau undi anak muda bukan hanya terletak di bahu Pemuda UMNO sahaja tetapi keseluruhan UMNO mesti bersama-sama berusaha untuk memastikan golongan muda menyokong UMNO dan Barisan Nasional.
"Kalau Ketua Pemuda UMNO bahagian itu baik dan dia (anak muda) terima tetapi Ketua Bahagian dia (anak muda) tak terima, satu UMNO dia tak terima," katanya ketika menyampaikan ucapan pergulungan Perhimpunan Pergerakan Pemuda UMNO 2013 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Khairy menjelaskan kenyataannya itu bukan untuk membela Pemuda UMNO malah beliau amat menyedari tugas besar yang diharapkan kepada sayap pergerakan itu untuk memenangi hati dan jiwa generasi muda.
Bagaimanapun beliau secara berterus terang mengingatkan bahawa tugas itu adalah tugas semua ahli UMNO.
Dalam ucapannya Khairy juga menyeru ahli Pergerakan Pemuda UMNO supaya berani tampil berdepan dengan pembangkang dan menjelaskan isu-isu yang menjadi keresahan rakyat.
Katanya, generasi muda hari ini mahukan pemimpin yang berani untuk berdebat dan berhujah dengan fakta dan bukan hanya pandai berceramah semata-mata.
"Kalau kita bisu, kita tak berani ke depan, kalau kita biarkan pembangkang menang percuma di atas pentas perdebatan, jangan harap anak muda akan dekat dengan kita," katanya.
Selain berani untuk berdebat, Khairy juga menasihatkan ahli-ahli Pergerakan Pemuda UMNO supaya sentiasa turun padang.
Beliau berkata, pemimpin dan ahli Pemuda UMNO seharusnya tidak terlalu terikat dengan protokol sebaliknya mudah didekati.
"Apa salahnya kalau kita (Pemuda UMNO) pergi jumpa imam, jumpa ahli jawatankuasa masjid dan surau sendiri, tak perlu duit pun.
"Selesaikan masalah dengan cepat. Kalau wakil rakyat tak sempat, kita (Pemuda UMNO) perlu jadi agen penyelesaian masalah," jelas beliau.
Malah Khairy menawarkan ruang kepada ahli-ahli Pemuda UMNO untuk memaklumkan kepada beliau sekiranya ada apa-apa masalah rakyat yang perlu ditangani dengan segera.
Irwan Muhammad Zain
Wed Dec 04 2013
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.