Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden disifatkan perlu memahami rentak undang-undang negara sebelum mendakwa kerajaan menggunakan tekanan terhadap pembangkang di negara ini.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di dalam nada sinis pada catatan Tweetnya berkata, AS juga harus menutup Guantanamo untuk membuktikan demokrasi undang-undang di negara berkenaan.




Khairy turut 'retweet' Tweet seorang pengikutnya yang memberitahu kekurangan keyakinan kepada demokrasi AS sudah dibuktikan melalui isu dan rujukan kes Trayvon Martin, Michael Brown dan Eric Garner.


Dalam pada itu Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang turut aktif menghentam Biden di dalam Tweet dengan beberapa Tweet yang antara lain mahu Naib Presiden AS itu memahami liwat adalah jenayah di negara ini selain memintanya bersikap adil kepada mangsa.








Keng Liang turut menyifatkan kesungguhan negara untuk menghargai keadilan dan menegaskan tidak wujud istilah pengecualian walaupun kepada Ketua Pembangkang selain meminta mana-mana pihak tidak bersembunyi di sebalik perkataan demokrasi.

Bagaimanapun, Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Fahmi Fadzil dilihat hanya retweet beberapa Tweet Biden di laman media sosial berkenaan.


Biden di laman Tweetnya mendakwa bahawa di tengah-tengah pertumbuhan hubungan AS-Malaysia, tindakan kerajaan Malaysia menggunakan sistem undang-undang dan Akta Hasutan untuk menekan pembangkang, menimbulkan kebimbangan terhadap kedaulatan undang-undang.

Biden turut berharap kerajaan Malaysia akan membetulkan keadaan melalui kes Anwar.