Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata tiga tokoh wajar meninggalkan pentas politik tanah air kerana mereka akan terus memecahbelahkan rakyat selagi berkecimpung dalam arena itu.
Beliau berkata individu yang dimaksudkan ialah Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad, pemimpin de facto Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.
"Bukan maksud saya apabila kita menyatukan rakyat, semua akan beri sokongan kepada Barisan Nasional, tetapi sekurang-kurangnya tidaklah seperti mana hari ini di mana suasana politik Malaysia sangat penuh dengan keracunan, kebencian dan hasutan yang sebenarnya datang daripada tiga tokoh ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Wangsa Maju, di sini hari ini.
Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata Dr Mahathir dan Anwar, kedua-duanya bekas pemimpin UMNO, dilihat banyak memecahbelahkan masyarakat Melayu untuk kepentingan diri masing- masing.
Katanya Kit Siang pula bertindak menanam pemikiran sempit dalam kalangan masyarakat Melayu yang boleh membawa kepada perpecahan antara Melayu dan Cina.
Justeru kata Khairy ketiga-tiga individu terbabit harus memberi peluang kepada generasi muda daripada parti masing-masing supaya 'masalah lama' sejak 20 hingga 30 tahun lepas tidak dibawa ke masa depan.
"Berilah peluang untuk kita bertanding dalam keadaan aman dan bersaing dalam keadaan sihat," katanya.
Sementara itu Khairy berkata pemimpin UMNO perlu menerapkan budaya '5C' iaitu 'clean' (bersih), 'competent' (cekap), 'compassionate' (berbelas kasihan), 'contemporary' (kontemporari) dan 'competitive' (kompetitif) supaya parti itu terus mendapat sokongan khususnya daripada sesetengah orang Melayu yang berasakan mereka tidak lagi memerlukan UMNO.
"Ini mungkin kerana mereka tidak mendapat apa-apa daripada kerajaan atau perjuangan UMNO atau mungkin mereka dapat( faedah), tetapi berasakan mereka hebat atas sebab diri mereka sendiri.
"Mereka nak tengok pada nilai, ketrampilan , komitmen kita dan kecekapan kita. Ini politik pascamoden dan mereka mungkin tak perlu apa-apa tetapi kita perlukan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 09 2017
KHAIRY: Suasana politik Malaysia sangat penuh dengan keracunan, kebencian dan hasutan yang sebenarnya datang daripada tiga tokoh ini.
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.
Pembangunan perumahan mesti penuhi aspek manusiawi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek perumahan khususnya rumah mampu milik, mesti memenuhi aspek manusia dan keperluan asas rakyat.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Titah Adendum: Tidak munasabah ulas isu dalam prosiding mahkamah secara terbuka - Anwar
Perdana Menteri menegaskan bahawa isu kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah tidak wajar diulas secara terbuka.
Pulau Batu Puteh: Jika saya khianat, TPM masa itu juga khianat - Tun Mahathir
Dr Mahathir menegaskan, beliau tidak sama sekali menggadai kedaulatan Malaysia dan segala keputusan yang dibuat adalah demi bangsa, agama, serta negara.
PM Anwar tanam pokok ke-100 juta di Taman Herba
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyempurnakanpenanaman pokok ke-100 juta di Taman Herba, Parlimen.