Pergerakan Pemuda UMNO perlu bekerja keras untuk menawan pengundi muda di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau bagi memastikan Barisan Nasional (BN) merampas kerusi itu daripada PAS.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin berkata pengundi muda, yang meliputi kira-kira 11,000 dari 27,222 pengundi di DUN itu, kurang memberi sokongan kepada BN.
"Jumlah ini tidak begitu kecil atau besar namun Pemuda perlu melaksanakan lebih banyak program menyeluruh, termasuk agama, dan membabitkan belia untuk menawan golongan itu," katanya kepada pemberita, Jumaat.
Beliau ditemui selepas menyampaikan bantuan pentadbiran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia kepada Majlis Belia Daerah (MBD) serta Majlis Belia Kedah dan Perlis di sini.
Setiap MBD menerima RM30,000 manakala Majlis Belia Kedah dan Perlis masing-masing menerima RM50,000.
Penamaan calon pilihan raya kecil DUN Sungai Limau ditetapkan pada 23 Oktober manakala tarikh pengundian ialah 4 November selepas penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia pada 26 September lepas.
Terdahulu, dalam ucapannya, Khairy yang mempertahan jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan 12 Okt ini, berkata beliau yakin perwakilan bijak menilai siapa layak memimpin sayap UMNO itu.
"Kita perlukan orang yang ada pengalaman untuk memimpin Pemuda, tidak boleh langgar begitu sahaja, namun saya yakin perwakilan hanya memilih pemimpin terbaik.
"Saya menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan sama ada saya layak atau tidak untuk memimpin Pemuda," katanya.
Turut hadir Ketua Pemuda UMNO Kedah Badrolhisham Hashim, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan Negeri Aminuddin Omar.
Bernama
Fri Oct 04 2013
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.