Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH)- Warisan dan Barisan Nasional (BN).
Pengumuman dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kimanis, Jepry Etok di Dewan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun Banir, di sini pada pukul 10:26 pagi.
Jupari berkata SPR menerima borang pencalonan pertama daripada calon parti BN, Datuk Mohamad Alamin pada pukul 9.07 pagi -- disusuli calon parti Warisan iaitu Datuk Karim Bujang pada pukul 9.10 pagi.
Terdahulu, proses penamaan calon berlangsung selama sejam bermula 9 pagi.
PRK Kimanis diadakan berikutan Mahkamah Persekutuan pada 1 Disember tahun lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu -- membatalkan kemenangan Datuk Seri Anifah Aman yang bertanding atas tiket BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu adalah tidak sah dan terbatal selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.
Anifah memenangi kerusi Parlimen tersebut dengan majoriti tipis 156 undi sekaligus menewaskan pencabarnya Karim Bujang daripada parti Warisan dan Jaafar Ismail daripada parti Harapan Rakyat Sabah.
Dengan selesainya proses penamaan calon sebentar tadi, maka secara rasmi gelanggang kempen PRK Kimanis bermula sehingga tengah malam menjelang 18 Januari ini.
Ruzaini Zulkepli, Hasimi Muhamad
Sat Jan 04 2020
PRK Parlimen menyaksikan pertembungan satu lawan satu di antara calon WARISAN, Datuk Karim Bujang dan calon BN, Datuk Mohamad Alamin.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Kemenangan BN cerminkan kedewasaan pengundi Kimanis
Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis mencerminkan kedewasaan pengundi di Parlimen ini, kata calonna Datuk Mohamad Alamin.
Kimanis kekal di tangan BN, peroleh majoriti lebih besar
Barisan Nasional mengekalkan kerusi Parlimen Kimanis apabila calonnya, Datuk Mohamad Alamin berjaya memperoleh kemenangan dengan majoriti lebih besar.
Kimanis Memilih: Karim Bujang selesai buang undi
Seramai 2,158 pengundi berdaftar yang layak mengundi di pusat mengundi SK Kimanis, dengan lima saluran dibuka.
Kimanis Memilih: Pengundian bermula
Proses mengundi yang berlangsung sehingga pukul 5 petang itu membabitkan seramai 29,619 pengundi biasa yang layak mengundi.
Kerajaan pusat tidak letak syarat bagaimana kerajaan negeri agih peruntukan - Dr Mahathir
Menurut beliau sekiranya peruntukan yang diberikan tidak digunakan sebaiknya, rakyat mempunyai hak untuk menilai perkara itu.
Masa untuk terus menyokong Warisan - Azmin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, fokus utama adalah untuk memastikan calon Warisan, Datuk Karim Bujang menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis pada 18 Januari ini.
Kimanis Memilih: Warisan diramal menang selesa - Ilham Centre
Hasil dapatan itu berdasarkan kajian yang dibuat membabitkan 491 responden terdiri daripada pengundi berdaftar di Parlimen Kimanis.
Kimanis Memilih: Saya akan baiki kelemahan, utamakan keperluan asas rakyat - Karim
Ikuti temu bual Astro AWANI bersama calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang.
Warisan guna moto "cuti-cuti balik kampung jumpa mertua"
Parti Warisan Sabah (Warisan) menggunakan teknik mesra rakyat apabila memilih moto "Cuti-cuti balik kampung jumpa Mertua dan Saudara-Mara" sebagai usaha menarik pengundi luar.
Pengundi hantu di Kimanis? Saya tidak tahu - Karim
Calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang menolak kehadiran "pengundi hantu" yang didakwa akan membantu memberikan undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis pada 18 Januari ini.