Kisah hidup Datuk E.E.C Thuraisingham dibukukan hasil kajian yang dijalankan tiga penulis Jabatan Sejarah Universiti Malaysia.

Diberikan judul "E.E.C. Thuraisingham A Malaysian Patriot" mengambil masa selama tujuh tahun untuk dihasilkan, melibatkan sumber-sumber dari Arkib Negara, arkib nasional britain dan ahli keluarga terdekat.

Thuraisingham merupakan tokoh politik terkemuka sejak pasca kemerdekaan. Beliau pernah memegang jawatan ahli perundangan persekutuan pada 1948.

Beliau memainkan peranan penting dalam penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) bersama Dato Onn Jaafar.