Penasihat DAP, Lim Kit Siang mencadangkan supaya Tun Musa Hitam dilantik menjadi Perdana Menteri sementara, menunggu siasatan dilakukan terhadap AS$700 juta (RM2.6 bilion) yang didakwa dipindahkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Katanya sehingga kini Najib gagal menjawab beberapa persoalan mengenai dakwaan tersebut meskipun sudah seminggu isu berkenaan ditimbulkan oleh akhbar luar negara, The Wall Street Journal (WSJ), iaitu pada 3 Julai lalu.
"Saya menyeru Najib supaya menjawab soalan-soalan ini secara terbuka sebelum Hari Raya, paling lewat dalam perutusan Hari Raya beliau, supaya isu 1MDB tidak akan menjadi topik utama semasa musim cuti Hari Raya dan pada minggu-minggu menjelang ulang tahun kemerdekaan ke-58 pada 31 Ogos dan ulang tahun ke-53 Hari Malaysia pada 16 Sep 2015," katanya dalam satu kenyataan pada teks ucapannya, Sabtu.
BACA: Letak jawatan, bercuti atau kekal jawatan, seru Musa Hitam kepada Najib
BACA: Kit Siang seru Najib ikut nasihat Musa Hitam untuk bercuti
Mengulas lanjut mengenai cadangan beliau itu tadi, Lim bagaimanapun berkata Musa perlu menjadi Ahli Parlimen terlebih dahulu kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan syarat bahawa seorang Perdana Menteri mestilah ahli Dewan Rakyat.
"Saya rasa Musa adalah calon yang sesuai untuk menjadi Perdana Menteri sementara jika suatu persetujuan dapat dicapai untuk beliau dipilih ke Parlimen menerusi sebuah pilihan raya kecil.
"Jika tidak, kita perlu melihat calon-calon lain seperti Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, dan veteran-veteran kanan UMNO atau individu lain dari Sabah atau Sarawak," katanya.
Katanya lagi, menteri-menteri lain dalam Kabinet termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga harus direhatkan untuk mengelakkan berlakunya percanggahan kepentingan.
Jumaat lalu, Musa yang merupakan bekas timbalan perdana menteri memberi tiga pilihan kepada Najib untuk menangkis dakwaan terhadapnya mengenai pemindahan wang RM2.6 bilion yang didakwa dipindahkan ke akaun peribadinya.
Menurut laporan The Malaysian Insider, tiga pilihan yang disyorkan oleh Musa itu adalah kekal memegang jawatannya dan berhadapan tuduhan itu, meletak jawatan, atau bercuti bagi memberi laluan kepada siasatan sedang berlangsung.
Lim, dalam kenyataannya semalam telah bersetuju dengan gesaan Musa itu sambil mengatakan siasatan ini adalah satu ujian untuk semangat patriotik Najib sama ada beliau bersedia untuk menamatkan kelumpuhan kerajaan akibat 1MDB, dengan bercuti sementara siasatan sedang dijalankan.
Lim berkata beliau bersetuju sepenuhnya bahawa rakyat Malaysia harus berlaku adil kepada Najib di atas prinsip bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah, namun tindakannya untuk terus berdiam diri atas dakwaan yang dibuat oleh WSJ, tidak konsisten dengan pengakuan tidak bersalahnya.
Haider Yutim
Sun Jul 12 2015
Lim berpandangan bahawa Musa (gambar) adalah calon yang sesuai untuk menjadi Perdana Menteri sementara. - Gambar Fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Najib nafi arah pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kes 1MDB: Siasatan terhadap Roger Ng masih berjalan - KPN
Polis masih menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng, berhubung skandal 1MDB.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Saya sentiasa telus, tiada apa yang hendak disembunyikan mengenai derma Arab Saudi - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu beliau telus dan tidak ada apa-apa untuk disembunyikan mengenai derma Arab Saudi.
Saya secara palsu dikaitkan dengan perbuatan salah laku Jho Low - Najib
Najib memberitahu bahawa beliau secara palsu dilibatkan dalam perbuatan salah laku ahli perniagaan, Low Taek Jho berkaitan hal ehwal 1MDB.
Dakwaan Ahmad Husni terhadap saya amat menyakitkan - Najib
Najib berkata dakwaan Ahmad Husni bahawa beliau telah mengarahkan bekas Menteri Kewangan II itu agar tidak campur tangan dengan 1MDB adalah tidak benar sama sekali.
Najib nafi bertanggungjawab atas kerugian AS$1 bilion dalam pelaburan 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan bahawa beliau bertanggungjawab bagi kerugian pelaburan AS$1 bilion dalam usaha sama 1MDB dan PetroSaudi.