Penasihat parti DAP, Lim Kit Siang disifatkan bercita-cita tinggi apabila mencadangkan anaknya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai calon Ketua Pembangkang menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, pencalonan sendiri itu membuktikan tuduhan pakatan pembangkang termasuk DAP mengamalkan politik kronisme.
"Selama ini dia tuduh UMNO, mereka hentam UMNO dengan dakwaan memilih saudara-mara dan kali ini dia sendiri cadangkan anaknya menjadi Ketua Pembangkang.
"Saya lihat di kalangan pemimpin pembangkang ada lagi yang lebih baik daripada Guan Eng. Kit Siang harus lihat keadaan keseluruhan pakatan pembangkang dan jangan ingat anak sediri sebagai calon terbaik," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Bung Mokhtar mengulas kenyataan Kit Siang yang menyifatkan pembangkang tidak pernah kekurangan bakat untuk menggantikan Anwar selepas ketiadaannya yang kini dipenjarakan atas kesalahan liwat.
Kit Siang turut menamakan beberapa pemimpin untuk memikul tanggungjawab itu termasuk Guan Eng.
Bagaimanapun jelas Bung Mokhtar, persoalan siapa bakal menjadi Ketua Pembangkang adalah hak Pakatan Rakyat (PR) selain meminta calon baru nanti bekerja demi kepentingan rakyat.
Dalam pada itu, ketika ditanya peranan DAP sendiri yang cuba menyerlah berbanding PKR dan PAS, ini katanya;
"Itu memang sikap mereka, ia sudah terbukti di Pulau Pinang yang dikuasai DAP, di Selangor dan negeri-negeri lain yang dikuasai PR," jelasnya.
Sebelum ini, PAS dilaporkan mengadakan mesyuarat khas di kalangan anggota parti bagi memutuskan calon yang layak menggantikan Anwar sebagai ketua pembangkang.
Wan Syamsul Amly
Mon Feb 23 2015
BUNG MOKHTAR: Kit Siang penting diri bila cadang Guan Eng jadi Ketua Pembangkang- Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
UMNO Sabah terus pertahan kerajaan GRS - Bung Mokhtar
Jelas Bung Mokhtar,sebarang pergolakan politik yang berlaku di Semenanjung Malaysia tidak akan memberi kesan kepada kelangsungan pentadbiran kerajaan Sabah.
Calon sayap Srikandi Bersatu bakal bertanding dalam PRN Sabah - Rina Harun
Ketua Srikandi parti Bersatu Datuk Seri Rina Mohd Harun akan memastikan bahawa calon daripada Srikandi akan diturunkan pada PRN Sabah nanti.
Politik Sabah: Bung Mokhtar umum kerusi ditandingi UMNO hari ini
PRN Sabah pada kali ini menyaksikan 73 kerusi akan dipertandingkan berbanding 60 kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.
Bung Mokhtar timang anak perempuan
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin menimang cahaya mata perempuan pada Jumaat.
Tiada jaminan ahli UMNO tidak lompat parti - Bung Mokhtar
Bung Moktar sifatkan pengunduran Zahid bukan jaminan ahli UMNO untuk tidak lompat parti.
Gagal minta MP Jelutong mohon maaf, MP pembangkang keluar dewan
Ahli parlimen pembangkang bertindak keluar dewan selepas desakan agar Ahli Parlimen Jelutong memohon maaf kepada Ahli Parlimen Cameron Highlands kerana Datuk Sivarrajh dilarang memasuki dewan.
Zizie Izette dapat 'anugerah' lagi
Selepas melahirkan kembar pada bulan Disember tahun lalu, Zizie Izette kini sudah hamil hampir lima bulan dengan anugerah baru. Alhamdulillah!
Zizie Izette hamil lagi selepas 5 bulan melahirkan anak kembar
Pelakon Datin Seri Zizie Izette umum kini sedang hamil tiga bulan.
Dialog Bung Mokhtar jadi muzik remix pula ...?
Kreatif dan lucu! Petikan perkataan yang dilontarkan seseorang juga boleh dijadikan sumber karya dalam penghasilan sebuah muzik rupanya.
Zizie Ezette, Bung Moktar timang bayi kembar lelaki
Bayi kembar lelaki itu dilahirkan Zizie di Pusat Perubatan Prince Court, masing-masing pada jam 5.48 pagi dan 5.50 pagi.