Orang muda perlu tahu hala tuju kemerdekaan selain melihat pelan pembangunan negara yang lebih terancang pada masa depan.
Penulis, Dr. Shaari Isa berkata, kegagalan sesebuah negara disifatkan berpunca dari kelemahan perancangan dan kegagalan mengisi kemerdekaan yang membawa manfaat kepada setiap generasi.
"Orang zaman sekarang berlainan berbanding dahulu sebelum merdeka, dahulu masyarakatnya lain berbanding sekarang, kini boleh dikatakan orang mewah, cukup makan, berbanding dulu.
"Kita bila merdeka, kita merdeka dengan pengetahuan bersama, mencari jalan kemajuan pembangunan...tetapi kalau merdeka dan tidak tahu hendak buat apa untuk mengisi kemerdekaan, itu namanya tidak bermakna," katanya ketika ditemui sempena sambutan Kemerdekaan ke-57 di sini.
Dr. Shaari merupakan penulis novel 'Lepaskan Kembali Aku Ke Laut' yang memiliki mesej patriotik sekali gus menerangkan pembacanya peristiwa menjelang kemerdekaan.
Novelnya juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia dan diadaptasi untuk drama RTM.
Dr. Shaari juga sudah menulis lebih 60 buah buku akademik, novel, artikel perakaunan dan kemasyarakatan.
Ujarnya, generasi kini seolah-olah perlu 'disuap' untuk menghayati kemerdekaan dan menjiwai pengorbanan tokoh-tokoh terdahulu.
"Sekarang orang sudah puas hati, kita dapati jika hendak kibar jalur gemilang kena ada kempen demi kempen untuk dapatkan mereka kibarkan jalur gemilang," ujarnya.
Tambahnya lagi, teknik penceritaan yang digunakan terutama kisah-kisah berkait dengan kemerdekaan dilihat resipi utama menarik minat pembaca kepada novelnya.
"Saya kaitkan plot ke atas fakta sejarah jadi dengan cara demikian saya masukkan unsur percintaan, keseronokan dan kemenangan," katanya.
Beberapa penulis blog menyifatkan novel 'Lepaskan Kembali Aku Ke Laut' disampaikan dengan begitu berkesan akan sejarah bagaimana Malaysia ditubuhkan, juga tentang penderitaan serta kesukaran yang ditempuhi oleh generasi sebelum merdeka demi usaha mereka untuk mencapai kemerdekaan.
Astro Awani
Sun Aug 31 2014
DR SHAARI: Orang muda perlu tahu hala tuju kemerdekaan negara - Gambar fail
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
#KitaSama: Orang muda perlu tahu hala tuju kemerdekaan negara - Dr. Shaari
Orang muda perlu tahu hala tuju kemerdekaan selain melihat pelan pembangunan negara yang lebih terancang pada masa depan.