“Kalau saya nak keluar Umno tak akan saya datang mesyuarat Biro Politik hari ini,” katanya ketika ditemui di lobi Ibu Pejabat Umno memetik laporan sebuah portal berita hari ini.
Kenyataan itu dibuat selepas timbul spekulasi yang mendakwa selain Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Anifah Aman, Khairy adalah antara 17 pemimpin Umno yang akan meninggalkan parti itu.
BACA: Mustapa Mohamed umum keluar UMNO
BACA: Harap lantang sahaja, ramai tanya Khairy keluar ke tidak UMNO? - Hannah Yeoh
Pada masa sama, ahli Parlimen Rembau itu turut menasihati semua wakil rakyat BN untuk kekal bersama parti dan memainkan peranan sebagai pembangkang yang berwibawa.
“Saya harap semua wakil rakyat BN kekal memainkan peranan sebagai pembangkang yang berwibawa.
“Rakyat mahu melihat BN sebagai pembangkang yang kredibel kita kena pastikan itu,” tambahnya.