KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mempertimbangkan cadangan untuk menapis laman web yang menawarkan perniagaan atau perkhidmatan palsu menerusi portal sebenarnya.my dengan cap pengesahan bagi mengelakkan gejala penipuan berleluasa oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata pihak kementerian akan meneliti perkara berkenaan secara teknikal sama ada ia boleh dilaksanakan atau sebaliknya kerana pihak yang tidak bertanggungjawab itu licik dengan taktik tertentu sehingga menyukarkan proses menapis tawaran palsu itu.
"Satu daripada masalah yang sering dihadapi oleh pihak sebenarnya.my adalah apabila ada pihak kononnnya menawarkan bantuan (kewangan) RM200-RM1,000 kononnya daripada agensi kerajaan dengan laman sesawang yang mirip laman sesawang kerajaan.
"Tapi masalah yang dihadapi, apabila ditutup satu sebab ia hanya melibatkan pengekodan (coding) atau penukaran pengehosan (hosting) dan sebagainya, mereka boleh copy paste laman-laman web ini," katanya ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Justeru, Fahmi berkata antara cara terbaik untuk mengatasi kegiatan berkenaan adalah dengan meningkatkan literasi digital dalam kalangan masyarakat agar lebih berwaspada dan tidak menjadi mangsa kegiatan penipuan dalam talian.
Beliau menjawab soalan tambahan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) tentang kesediaan kerajaan untuk mengenal pasti laman web yang menawarkan perkhidmatan palsu dan disiarkan melalui laman web sebenarnya.my untuk makluman awam.
Sementara itu, Fahmi berkata setakat ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hanya menerima satu aduan berkaitan penipuan pengubahsuaian (rumah) susulan daripada siasatan yang dijalankan oleh polis.
"Semakan yang dibuat mendapati bahawa kandungan terlibat tidak lagi wujud atau telah diturunkan oleh pentadbir laman sesawang berkenaan," katanya.
Beliau menjawab soalan asal yang dikemukakan oleh Teresa Kok Suh Sim (DAP- Seputeh) berkaitan jumlah aduan yang diterima oleh MCMC tentang penipuan pengubahsuaian dan jumlah laman web yang terlibat dalam penipuan terbabit yang telah diambil tindakan oleh MCMC.
Fahmi menjelaskan isu berkaitan penipuan melibatkan wang ringgit sama ada dalam talian mahupun luar talian adalah dalam bidang kuasa Polis Diraja Malaysia termasuk sebarang tindakan susulan seperti sekatan laman sesawang jika berkaitan, manakala MCMC bertindak memberi bantuan teknikal berhubung siasatan.
Selain itu, katanya MCMC juga membekalkan maklumat analisis forensik digital dan melaksanakan tindakan sekatan berdasarkan permohonan daripada pihak berkuasa, bagi menangani sebarang kes penipun dalam talian.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 09 2023
Fahmi berkata pihak kementerian akan meneliti perkara berkenaan secara teknikal sama ada ia boleh dilaksanakan atau sebaliknya. - Gambar fail
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
KKD pertimbang tapis laman web tawar perkhidmatan palsu melalui sebenarnya.my
Kerajaan akan mempertimbangkan cadangan untuk menapis laman web yang menawarkan perniagaan atau perkhidmatan palsu menerusi portal sebenarnya.my.