KUALA LUMPUR: Yayasan Keusahawanan Sosial (YKS) dengan kerjasama seorang pengamal perubatan berasal dari India merayu Kementerian Kesihatan (KKM) mengiktiraf penemuan rawatan baharu didakwa sebagai vaksin bagi merawat dan mencegah jangkitan COVID-19.
Pengerusi YKS, Dr Ammar Hassan berkata, permohonan telah dihantar kepada KKM sejak 15 Mac lalu disusuli kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) pada 15 Mei lalu sebagai proses mendapatkan kelulusan untuk digunakan secara lebih meluas.
Menurutnya, perjanjian persefahaman (MoU) juga ditandatangani pihaknya bersama pengasas vaksin berkenaan Dr Alfred John Prem Raj dalam usaha mendapatkan kebenaran daripada kerajaan Malaysia.
"Penemuan ini adalah satu kejayaan baharu jadi KKM perlu ambil peluang ini dengan serius. Kami mahu minta kerajaan iktiraf produk ini sebagai vaksin baharu dan boleh diguna pakai oleh seluruh rakyat Malaysia.
"Vaksin yang hanya digunakan dengan kaedah semburan ini sudah dua tahun digerakkan dan diguna pakai oleh pesakit yang mendapat rawatan di klinik dikendalikan oleh Dr John.
"Kami bersedia untuk berjumpa dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam masa terdekat agar penemuan baru ini dapat segera disahkan dari Malaysia dan menyelamatkan nyawa manusia," katanya dalam sidang media di sini pada Khamis.
Sementara itu, Dr John berkata vaksin berkenaan dinamakan sebagai NawsonVacc dihasilkan daripada campuran pelbagai ramuan berasaskan tumbuhan 100 peratus.
Dakwanya, lebih 8,000 pesakit telah menggunakan kaedah rawatan tersebut dan didapati mampu menghilangkan gejala COVID-19 dalam tempoh kurang seminit.
"NawsonVacc membunuh virus dalam tubuh badan manusia dan menghapuskan simptom sedia ada seperti demam, sakit tekak, batuk kering, sesak nafas, kehilangan deria baru dan rasa dan mencegah jangkitan COVID-19.
"Jika diberi peluang, dan produk ini dapat diluluskan untuk kegunaan rakyat Malaysia, saya boleh jadikan Malaysia sifar COVID-19," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 19 2022
Dr Alfred John Prem Raj melakukan demonstrasi semburan produk didakwa sebagai vaksin COVID-19. -Foto Sinar Harian
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini
Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
Julaihi beri jaminan bekalan air di Sarawak pada Hari Raya mencukupi
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak mengingatkan orang ramai supaya elakkan pembaziran meskipun bekalan air ketika Hari Raya nanti dijamin mencukupi.
90 peratus kawasan terlibat kebakaran hutan berjaya dipadamkan
Operasi pemadaman kebakaran hutan di Kuala Baram sejak seminggu lalu berjaya dengan 90 peratus api dikawasan terjejas berjaya dipadamkan.
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel
Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna
Awas dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang akses haram yang menawarkan pelbagai filem dan siri televisyen kerana ia mungkin menyimpan perisian hasad atau malware.
Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.
Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar - DPMM
Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar.
KKM senarai empat produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual
Kesemua produk berkenaan mengandungi racun berjadual yang dikesan seperti merkuri, Hydroquinone, Tretinoin dan Betamethasone 17-Valerate.
KKM batal notifikasi dua produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Produk Airee Beautycare Night Cream mengandungi merkuri manakala BL Ledehh Day Cream 1 mengandungi hydroquinone dan tretinoin.
Malaysia bakal laksana ujian percubaan klinikal pertama ke atas manusia
Malaysia bakal melaksanakan ujian percubaan klinikal yang pertama ke atas manusia tidak lama lagi.
Guaifenesin Syrup tidak berdaftar di Malaysia, KKM nasihat henti guna
Berdasarkan semakan yang dilakukan terhadap pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) berkaitan produk berkenaan.
Kerajaan lulus vaksin COVID-19 Spikevax untuk individu 12 tahun ke atas
Vaksin COVID-19 Spikevax keluaran Rovi Pharma Industrial Services di Sepanyol diberikan kelulusan bersyarat untuk kegunaan individu berusia 12 tahun ke atas, kata Ketua Pengarah Kesihatan.
Klinik swasta jual produk tidak berdaftar diserbu
Sumber produk berkenaan tidak diketahui dan penggunaan produk tersebut adalah tidak diyakini keselamatannya serta boleh membahayakan kesihatan orang awam.
KKM dirayu iktiraf penemuan baharu didakwa vaksin COVID-19
Permohonan telah dihantar kepada KKM sejak 15 Mac lalu disusuli kepada NPRA pada 15 Mei sebagai proses mendapatkan kelulusan untuk digunakan secara lebih meluas.
KKM lulus pendaftaran bersyarat Evusheld, cegah jangkitan COVID-19
Ia digunakan berikutan pra-pendedahan COVID-19 kepada orang dewasa dan remaja dengan berat sekurang-kurangnya 40 kilogram.
451 laporan AEFI selesai disiasat dan dinilai, tiada kes kematian hubung kait dengan vaksin
156 laporan lagi masih dalam proses penyiasatan sebelum dinilai oleh Jawatankuasa Khas Farmakovigilans Vaksin COVID-19 (JFK).
KKM rampas 531 ubat-ubatan, produk kesihatan dan kosmetik tidak berdaftar
Serbuan dilakukan ke atas tujuh premis perniagaan termasuk sebuah dispensari haram di Jalan Tun Tan Siew Sin.