SIBU: Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengumpul 663 sampel di seluruh negara untuk kajian bagi menentukan sama ada vaksin Sinovac sesuai diberikan kepada golongan kanak-kanak berusia tiga hingga 11 tahun dalam pencegahan penularan COVID-19 sebelum kelulusan dikeluarkan.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Aaron Dagang berkata kajian tersebut yang ditaja oleh Sinovac Life Sciences Company Limited, China diadakan di sembilan hospital termasuk Hospital Sibu dan Hospital Miri di Sarawak dan melibatkan 2,000 kanak-kanak.
Menurutnya, dapatan awal kajian tersebut boleh diperoleh antara tempoh enam bulan hingga setahun dan daripada jumlah sampel itu sebanyak 508 adalah dari Sarawak.
"Sasaran kajian itu memerlukan 2,000 sampel. Malaysia perlu membuat kajian sendiri terlebih dahulu walaupun sudah ada dapatan kajian sama dari negara-negara lain. Kita amat berhati-hati sebelum meluluskan penggunaan vaksin ini kepada kanak-kanak berusia tiga hingga 11 tahun di negara ini," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan kajian yang dijalankan di Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) Hospital Sibu di sini hari ini.
Beliau berkata kajian serupa juga telah dibuat sebelum kelulusan penggunaan bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun sebelum ini dikeluarkan oleh kerajaan.
Aaron berkata setiap kanak-kanak yang terlibat dalam kajian tersebut akan menjalani penilaian tahap kesihatan terlebih dahulu untuk menentukan mereka sihat, dan mereka juga akan menjalani ujian tahap antibodi sebelum dan selepas vaksin.
Pada sidang media sama, Ketua CRC Hospital Sibu Dr Toh Teck Hock berkata sasaran sampel yang perlu diambil Hospital Sibu ialah 410 sampel dan keputusan dapatan awal boleh diperoleh dalam tempoh lebih kurang enam bulan.
Beliau berkata setiap kanak-kanak yang menyertai kajian tersebut juga akan menjalani pemeriksaan menyeluruh dilakukan oleh pakar kanak-kanak.
Katanya, kajian di Hospital Sibu akan dilakukan secara berterusan dan kanak-kanak yang terlibat juga akan dipantau setiap minggu.
Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Hospital Sibu Dr Rachel Teng Li Chin.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 11 2021
Setiap kanak-kanak yang menyertai kajian tersebut juga akan menjalani pemeriksaan menyeluruh dilakukan oleh pakar kanak-kanak. - Gambar hiasan/ Bernama
Pelajar maut rentas desa: 'Guru sedaya upaya cuba selamatkan Nuqman'
Masyarakat diharap tidak menyebarkan maklumat salah berhubung kematian pelajar di sebuah sekolah menengah ketika menyertai kejohanan merentas desa pada Jumaat.
Awas taktik penipuan beri hadiah percuma ke rumah
Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan pemberian hadiah percuma dari rumah ke rumah, yang dipercayai menjadi taktik terbaharu sindiket penipuan.
Beras di tapak pelupusan sampah di Temerloh tidak selamat dimakan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) jelaskan beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Pelajar sekolah meninggal dunia ketika merentas desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei 2024
Menerusi satu kenyataan pada Jumaat, syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Pertimbangan pelayaran misi Break the Siege Of Gaza Freedom Flotilla
Misi Break the Siege Of Gaza Freedom Flotilla akan tetap diteruskan di sebalik konflik terbaharu antara Israel dan Iran.
Perkara itu disahkan Jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), ann wright pada sidang media di Istanbul Turki.
Wartawan kami, Syaff Shukri yang menyertai misi itu ada perincian.
Perkara itu disahkan Jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), ann wright pada sidang media di Istanbul Turki.
Wartawan kami, Syaff Shukri yang menyertai misi itu ada perincian.
Penipuan SMS menerusi syarikat telco terkemuka kembali aktif
Taktik penipuan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang kononnya dihantar daripada syarikat telekomunikasi terkenal dikesan kembali aktif sejak awal tahun ini.
Polis cari saksi kemalangan maut di Bagan Lalang
Polis sedang mengesan individu atau saksi yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut membabitkan dua buah kenderaan yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Bagan Lalang, pada Rabu.
Lelaki dipenjara dua tahun, cederakan adik kandung guna pisau pemotong daging
Seorang lelaki dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana mencederakan adiknya menggunakan sebilah pisau pemotong daging.
Perang Iran-Israel: Malaysia pantau kesan terhadap ekonomi - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memantau rapat perkembangan ketegangan geopolitik di Asia Barat termasuk membabitkan Iran dan Israel susulan letupan di Isfahan hari ini.
CITF-C perinci pemberian vaksin Sinovac untuk kanak-kanak
Perincian perihal pemberian vaksin Sinovac kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun akan diputuskan selepas mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (CITF-C) malam ini.
Sinovac antara vaksin paling selamat untuk golongan pediatrik - Pharmaniaga
Golongan kanak-kanak dan remaja perlu divaksin untuk mengecilkan lagi risiko permutasian dan kebolehjangkitan virus COVID-19 dalam masyarakat.
Kajian terbaharu tiga dos vaksin Sinovac COVID-19 berkesan ke atas Omicron
Data penyelidikan terbaharu diterbitkan Sinovac Biotech Ltd menunjukkan bahawa tiga dos vaksin Sinovac COVID-19 menghasilkan antibodi peneutral yang lebih tinggi dalam 95 peratus penerima.
Harga runcit, borong maksimum untuk vaksin COVID-19 Sinovac Sinopharm ditetapkan
Harga runcit dan borong maksimum bagi dua produk vaksin COVID-19 jenama CoronaVac keluaran Sinovac dan Covilo keluaran Sinopharm akan ditetapkan berkuat kuasa Sabtu ini (15 Jan).
Tiga dos vaksin Sinovac mampu beri 94 peratus perlindungan terhadap varian Omicron
Kajian terbaharu menunjukkan tiga dos vaksin keluaran syarikat biotech Sinovac mampu menghasilkan antibodi peneutralan sebanyak 94 peratus terhadap varian COVID-19 Omicron.
KKM kumpul 663 sampel bagi kajian vaksin Sinovac kanak-kanak
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengumpul 663 sampel di seluruh negara untuk kajian bagi menentukan sama ada vaksin Sinovac sesuai diberikan kepada golongan kanak-kanak berusia tiga hingga 11 tahun.
Vaksin COVID-19: Pejabat Kesihatan Tawau sasar 30,000 penerima dos penggalak
Jumlah itu terdiri daripada penerima vaksin Sinovac dan Pfizer-BioNTech daripada golongan warga emas.
Vaksin COVID-19: Hong Kong turunkan had umur ambil vaksin mulai usia 3 tahun
Remaja berumur 12 hingga 17 tahun akan diberi keutamaan untuk menerima vaksin CoronaVac.
Ambil dos penggalak, ikuti kawalan wabak
Perkembangan situasi pandemik di dunia kini telah membuktikan pentingnya penggunaan dos penggalak.
Sinovac, Astrazeneca dipertimbang sebagai dos penggalak - Khairy
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mempertimbangkan vaksin Sinovac dan AstraZeneca digunakan untuk suntikan dos penggalak, kata menteri berkenaan Khairy Jamaluddin.