KKM pastikan PPE cukup untuk petugas barisan hadapan - Dr Adham

Fauzi Suhaimi
Mac 25, 2020 02:17 MYT
Dr Adham meminta semua pihak untuk bekerjasama dan berganding bahu memutuskan rantaian penularan COVID-19. - Gambar Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Kementerian Kesihatan (KKM) komited untuk memastikan semua keperluan petugas barisan hadapan khususnya peralatan perlindungan diri (PPE) sentiasa mencukupi untuk berdepan dengan wabak COVID-19.
Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba juga meminta semua pihak untuk bekerjasama dan berganding bahu memutuskan rantaian penularan wabak berkenaan.

Sebagai Menteri Kesihatan, saya akan berusaha untuk memastikan keperluan petugas barisan hadapan cukup untuk berdepan dengan wabak #COVID19 ini. Sama-sama kita #PutuskanRantaianCovid19#StayAtHome#DudukRumah #COVID19malaysia #KitaMestiMenang pic.twitter.com/RFZ63gsFwo

— Dr Adham Baba (@DrAdhamBaba) March 25, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Sebagai Menteri Kesihatan, saya akan berusaha untuk memastikan keperluan petugas barisan hadapan cukup untuk berdepan dengan wabak COVIDー19 ini.
"Sama-sama kita putuskan rangkaian penularan wabak ini," katanya menerusi ciapan di akaun Twitter mrasminya di sini pada Rabu.
Isnin lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM berjaya memperoleh sebanyak 33 juta stok bekalan PPE yang dapat menampung penggunaan di semua fasiliti kesihatan dan akan diedarkan dalam minggu ini.
BACA: COVID-19: KKM peroleh 33 juta stok PPE
BACA: COVID-19: RM600juta beli peralatan perubatan, lantik kakitangan KKM baharu
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #Kementerian Kesihatan #kesihatan #KKM #koronavirus #menteri #Noor Hisham Abdullah #peralatan perlindungan diri #PPE #Twitter