KUALA LUMPUR: Dengan pertambahan bilangan mereka yang dijangkiti COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi berkaitan digesa sentiasa mengemaskini laman web khas COVID-19 untuk panduan orang ramai.
Tegas Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi dan Biostatistik) Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman, disebabkan perubahan jangkitan yang sentiasa berlaku, peraturan serta maklumat lama perlu dipadamkan KKM di portal khas berkaitan COVID-19, bagi mengelakkan kekeliruan.
Manakala setiap maklumat dan panduan baharu perlu diletakkan tarikh untuk menunjukkan bila ia dikeluarkan.
“Cabaran dalam dunia sedia ada yang ada sosial media dan maklumat yang dikomersialkan termasuk maklumat dari Kementerian, saya lihat KKM telah berusaha sedaya upaya dalam memastikan semua maklumat dapat disampaikan dengan baik, bagaimanapun dengan perubahan jumlah jangkitan yang berlaku dengan pantas, kadang-kadang kita akan keliru dengan sesuatu prosedur atau keadaan.
“Jadi pada pandangan saya, apa yang penting di sini, KKM perlu sentiasa untuk mengemaskini apa sahaja yang terkini untuk masyarakat, kalau boleh setiap maklumat itu ada tarikh supaya kita tahu bila maklumat yang disampaikan itu, kerana kadang-kadang berlaku juga kekeliruan, saya bagi contoh vaksin yang diperlukan untuk pergi umrah, berubah-ubah ikut keadaan dan keadaan ini menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” ujarnya.
Katanya, KKM juga digalakkan untuk mengumpulkan soalan-soalan terkini berkaitan kekeliruan tatacara COVID-19 untuk panduan orang ramai serta infografik untuk mudah difahami.
“Kalau kita dapat membuat satu portal khas seperti yang dilaksanakan KKM pada masa ini, semua peraturan lama dan maklumat lama dapat dimansuhkan dan dipadamkan serta tidak ada dalam pekeliling terus, jadi ini dapat memanfaatkan ramai masyarakat di luar sana untuk lebih,” katanya lagi.
Kata Dr Malina, dengan begitu banyak maklumat dikongsikan di sosial media, portal khas KKM diharapkan menjadi rujukan utama rakyat untuk mendapatkan penjelasan terkini berkenaan SOP dan tatacara.
Azyyati Ahmad
Wed Mar 16 2022
Setiap maklumat dan panduan baharu perlu diletakkan tarikh untuk menunjukkan bila ia dikeluarkan. - Gambar hiasan
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.